Mengambil ikhtibar dari pengalaman suami ana semalam, ana terbitkan artikel ini yang mana mungkin dapat membantu menyelamatkan pelbagai situasi ketika kita berada di dalam kecemasan suatu hari nanti. Berkisah semalam dalam perjalanan balik dari pejabat, suami ana berhenti berteduh di bawah jejantas Jalan Kuching untuk memakai baju hujan sebelum meneruskan perjalanannya. Turut sama berhenti ketika itu seorang lelaki Melayu yang sama-sama untuk memakai baju hujan kerana hujan mulai turun renyai-renyai.

Dalam pada itu, tiba-tiba berhenti sebuah kereta dan yang dari awal lagi kelihatan pemanduannya agak terganggu. Keluar dari kereta tersebut seorang anak remaja berbangsa Cina meminta tolong kerana bapanya di katakan sakit dada dan berjaya memberhentikan kereta nya di bawah jejantas tersebut. Turut sama dalam kereta itu seorang kanak-kanak kecil yang berkemungkinan adik kepada remaja tadi. 

Related image

Suami ana dan lelaki tadi menghampiri mereka dan mendapati pemandu kereta mengalami masalah pernafasan. Mereka cuba menghubungi talian kecemasan 999 tetapi talian tidak dapat ditembusi, mungkin kerana faktor talian atau apa tidak dapat di pastikan. Lelaki Melayu tadi menghubungi rakannya meminta rakannya menggunakan talian tetap untuk menghubungi semula 999 bagi mendapatkan bantuan ambulan atau pihak polis ke tempat kejadian. Mereka menunggu seketika sehingga ketibaan ambulan dan membawa lelaki Cina tadi ke hospital. 

Dari kejadian ini, ana mengambil langkah dengan mencari maklumat bagaimana untuk menghubungi nombor kecemasan dari telefon bimbit. Dan dari pelbagai sumber yang ana dapati, panggilan kecemasan dari telefon bimbit bolehlah mendail nombor 112 dari mana-mana rangkaian telekomunikasi, walaupun tanpa kredit sekali pun. 

Memetik laporan Sinar Harian " Pengguna telefon bimbit boleh mendail talian 112 untuk dihubungkan pada talian kecemasan 999 walaupun tiada liputan ataupun tiada kredit dalam telefon bimbit.

Penyedia perkhidmatan telekomunikasi, Celcom Axiata Bhd berkata, pengguna telefon bimbit boleh mendail sama ada nombor 112 atau 999.

"Jika pelanggan dail 112, panggilan tersebut akan disambungkan terus kepada bantuan kecemasan 999. Semua syarikat telekomunikasi di Malaysia dikehendaki untuk menyelaraskan nombor kecemasan kepada nombor 999," menurut syarikat itu dalam satu jawapan kepada Sinar Harian.

Menurut Celcom, nombor 999 merupakan nombor perkhidmatan kecemasan rasmi yang telah ditetapkan oleh kerajaan, manakala nombor 112 pula merupakan nombor kecemasan untuk telefon bimbit mengikut spesifikasi ditetapkan persatuan industri telekomunikasi dunia, GSMA.

"Tidak kira di mana lokasi, pelanggan yang menggunakan 2G, 3G, LTE boleh mendail 112 untuk mendapatkan bantuan kecemasan sekiranya diperlukan," menurut syarikat itu.

Celcom mengulas mengenai satu mesej yang tersebar di WhatsApp mengenai kegunaan nombor kecemasan 112 yang kurang diketahui oleh masyarakat.

Mesej tersebut turut menyatakan nombor itu akan menghubungkan pemanggil terus kepada polis jika nombor 999 tidak berfungsi kerana berada di luar kawasan liputan.  

Wartawan Sinar Harian cuba menghubungi talian 112 menggunakan telefon bimbit dan ia dijawab serta-merta oleh operator bertugas.

Operator tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, nombor tersebut kebiasaannya sudah tersedia tersimpan di dalam telefon bimbit pengguna memandangkan ia adalah nombor kecemasan antarabangsa.

Image result for panggilan kecemasan 112

“Cuma di Malaysia, apabila pengguna mendail 112, ia akan terus disambung kepada nombor 999 sebelum disambung kepada pasukan keselamatan seperti polis, bomba, hospital, Jabatan Pertahanan Awam dan maritim,” katanya.

Operator itu mengakui ramai yang tidak mengetahui kewujudan nombor 112.

“Pengguna telefon bimbit digalakkan untuk membuat panggilan menggunakan nombor ini kerana ia tidak memerlukan kredit selain boleh dihubungi walaupun tiada liputan talian pada ketika itu,” katanya.

Operator itu turut menasihati pengguna supaya tidak membuat panggilan kecemasan palsu kerana ia akan mendatangkan masalah kepada pasukan penyelamat." 

 kredit sumber : http://www.sinarharian.com.my/semasa/112-nombor-kecemasan-untuk-telefon-bimbit-1.353488


Jadi boleh lah kita ambil ikhtibar dari pengalaman ni dengan mempastikan kita save nombor  kecemasan di telefon bimbit masing-masing 112 sebagai nombor untuk di hubungi ketika berlakunya kecemasan agar dapat di sambungkan kepada talian 999 yang sedia ada dengan cepat dan pantas. 

5 Comments

  1. Cemas betul kan ana, mujur ada orang kongsi info macam ni di internet

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cemas IZ, bila kita pernah terbaca info-info sebegini, mungkin suatu masa nanti, ada kejadian sebegini membuat kan kta teringat akan info yang di sampaikan dan boleh mengaplikasikannya , In shaa Allah

      Delete
  2. SA baru tau tentang talian kecemasan ni kak ana...menakutkan kalau terjadi apa2 yang membimbangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekurang-kurangnya kita boleh cuba hubungi salah satu nombor kecemasan di atas sekiranya 999 tidak dapat di tembusi kan SA

      Delete
  3. I have read all the comments and suggestions posted by the visitors for this article are very fine,We will wait for your next article so only.Thanks! ukraynaca

    ReplyDelete