Kak Long dah pun mencapai usia 21 tahun pada November tahun lepas. Bising dah ayahnya suruh pergi daftar sebagai pengundi pilihanraya umum yang bakal di adakan dalam tahun 2018 ni. Rugi nanti kata ayahnya kalau tak mendaftar dan menggunakan hak sebagai warga negara Malaysia untuk keluar mengundi bila tiba tarikh Pilihanraya Umum nanti. Ana pun suruh dah lama dah, tapi Kak Long sebelum ni sibuk dengan kuliah dan peperiksaan , dan kesempatan cuti sem ni, semalam dia pergi ke Pejabat Pos untuk mendaftar.

Related image


Mula-mula ana ingatkan boleh daftar secara online sahaja di portal spr.gov.my . Tapi selepas ana layari dan baca penerangan, pendaftaran hanya boleh di lakukan dengan pelbagai cara secara hadir sendiri bersama kad pengenalan di beberapa tempat yang di berikan dan yang paling mudah dan hampir dengan kami ialah ke Pejabat Pos.






Syarat-syarat layak mendaftar sebagai pengundi 


Menurut portal spr.gov.my mereka yang layak mendaftar sebagai pengundi ialah yang memenuhi syarat di bawah :

1. Seorang warganegara Malaysia;

2. Telah mencapai umur 21 tahun;

3. Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan

4. Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

Dimana boleh melakukan pendaftaran sebagai pengundi :


1.Kaunter Pendaftaran Pemilih
   Ibu Pejabat SPR Malaysia
   Aras G, Menara SPR
   No.2, Jalan P2T, Presint 2
   62100 Putrajaya
   No. Talian Hotline Pendaftaran Pemilih : 03-88927018

2. Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri masing-masing

3. Pejabat-Pejabat Pos Malaysia seluruh negara

4.Kaunter SPR yang dibuka melalui Program Outreach di kawasan tumpuan orang ramai

5. Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
   Sila layari pada http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission

6.Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik daripada kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan

Bagaimana cara untuk mendaftar sebagai pengundi :

UNTUK PEMILIH BIASA

Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:

1. Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran

2. Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda

3. Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan

4.Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati

5. Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.



Selesai pendaftaran , pendaftar akan di berikan salinan slip seperti di atas sebagai rujukan. Selesai satu kewajiban sebagai seorang warga negara. Jangan lalai dan leka dalam perkara-perkara penting seperti ini kerana ia melibatkan masa depan negara dalam memilih pemerintah yang bakal menerajui negara demokrasi berparlimen. Untuk keterangan lebih lanjut , layari sahaja ke www.spr.gov.my 

2 Comments

  1. timm, org jkk kmpung ni yg tlong daftarkan..
    ritu dekat mall ada bukak booth utk mendaftar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah macam tu Timm, kat sini jarang ada buka booth kecuali kalau ada event2 berkaitan.

      Delete