Buah Durian Belanda

Lama sungguh ana tak makan malah melihat lagi buah durian belanda ni. Kalau di kampung ana, di Teluk Intan.. kami panggil durian mekah buah durian belanda ni. Dahulu masa ana kecil, ada pokoknya di belakang rumah. Buahnya duk jatuh macam tu sahaja, tak ada orang nak makan pun. Sampai lembik last-last di patuk ayam. Nak kata sedap tu, tak lah sedap mana pun kan. Tak sama langsung dengan rasa durian hihi. Mungkin sebab ia berduri tu di panggil durian, tetapi durinya tak tajam, duri lembut sahaja. 

Buah Durian Belanda


Sekarang ni, orang dah komersil kan durian belanda ni di jadikan jus. Pernah lah juga ana cuba minum sekali dua jus durian belanda ni, ermmm... tak berapa kena juga lah dengan selera ana. Tak tahu kenapa kan :) Baru-baru ni, ana terjumpa orang jual buah durian belanda ni di Bandar Tasik Puteri. Suami nak beli, ana kata tak payah lah nanti tak ada orang nak makan. Kak Long pun kebetulan ada bersama kami, itulah kali pertama tengok buah durian belanda ni depan matanya. Harga dia.... ambik kau!! RM 15 sekilo.Tuu diaa!! Berharga dah buah durian belanda sekarang kan. 




Inilah dia buah durian belanda yang ana jumpa di Bandar Tasik Puteri. Tak beli pun tapi ambil gambarnya sahaja. Boleh juga di jadikan entri berkongsi kisah dengan pembaca. Dari segi rasa, isi durian belanda ni berwarna putih, berbiji banyak juga, bijinya warna hitam. Tak ada ulas macam buah durian tu, boleh di potong-potong sahaja untuk di makan.


Khasiat buah durian belanda


Dikatakan, buah durian belanda ni banyak berkhasiat pada tubuh badan. Setiap kejadian Allah swt tu pasti ada manfaatnya buat penghuni alam kan. Kerana kebaikan khasiatnya lah ia kini kian mendapat perhatian masyarakat untuk membeli nya. Paling mudah ia di jadikan jus minuman.


Antara khasiat yang terdapat pada buah durian belanda menurut sumber ( http://mrtengkuasmadi.com/kebaikan-buah-durian-belanda/ ) ialah :

1. Membunuh sel kanser
2. Mencegah osteoporosis
3. Meningkatkan tenaga dan daya tahan
4. Bermanfaat untuk jantung dan mencegah kerosakan saraf
5. Merawat buasir dan keracunan pemakanan yang di hadapi oleh bayi
6. Melegakan sembelit
7. Diuretik semulajadi
8. Memberikan tidur yang lena
9.Merawat jangkitan di saluran kencing
10. Membunuh parasit dalam badan
11. Vitamin C
12. Melawan radikal-radikal bebas
13. Meredakan kesakitan
14. Merawat ulser mulut
15. Merawat demam
16.Menguatkan sistem imunisasi
17. Melegakan hipertensi
18. Antiseptik
19. Berkesan melegakan sakit belakang
20. Rawatan Semula Jadi bagi Arthritis dan Rheumatism
21. Membantu mengawal kandungan gula dalam darah
22. Baik untuk hati
23. Merawat kulit mengelupas
24. Merawat luka
25. Merawat ekzema dan masalah kulit lain
26. Anti penuaan
27. Merawat kutu kepala

Semua butiran ini boleh di baca di rujukan sumber yang ana berikan di atas tadi secara detail nya.

Dari pembacaan ana di laman-laman blog juga, bukan hanya buah durian belanda malahan daunnya juga mempunyai kelebihan tersendiri.


Image result for durian belanda
kredit foto : khasiat 

Mak ana pernah bagitau daun belanda ni boleh di gunakan untuk menghalau lipas dari dalam rumah. Serius..ana pernah mencuba nya tetapi agak tak menjadi pula. Bila daun durian belanda ni dah kering, lipas kembali masuk kabinet dapur. Namun ana pasti ada banyak lagi khasiat sumber alam ni pada kehidupan manusia. Rajin-rajin lah cari matlumat yang tepat tentangnya ya. Ana bukan lah pakar dalam bidang ini, jadi ana sekadar menulis dari catatan pengalaman peribadi sahaja. Waallahu a'lam.

Buah Durian Belanda Buah Durian Belanda Reviewed by Ana Jingga on February 24, 2018 Rating: 5

4 comments:

  1. Sedapnya buah durian belanda..memang sukar nak diperoleh sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eyma suka yer, kak ana kurang sikit rasa nya, tapi itulah dah semakin payah nak jumpa kan :)

      Delete
  2. Lama dah tak makan durian belanda ini.. Sedapnya..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.