Dah lama benih paku pakis ni berada di rumah ana. Mak yang semai kan dalam pasu dan bawa ke rumah ana sebagai tanaman hiasan. Paku pakis ni, mak ana panggil pokok paku angin, ada beberapa jenis dari kategori yang sama cuma berbeza dari saiz dedaunnya. Ada yang halus seperti pokok ana ni dan ada juga yang agak besar saiz dedaunnya. Ia sangat mudah hidup dan tak perlu jagaan sangat, cukup sekadar pastikan cukup air kerana ia mudah kekeringan. Daunnya yang halus tu, akan beralun bila di hembus angin, mungkin sebab tu lah agaknya mak ana panggil pokok paku angin.




Cara Biakkan Pokok Paku Pakis Dalam Pasu


Pokok paku pakis yang ada di rumah ana ni dah tua sangat dah rasanya, daun pun dah banyak yang kering dan akar penuh sepasu. Mungkin dah tak berapa sihat, jadi ana bercadang nak biak kannya kepada tiga pasu yang baharu. supaya tak pupus atau mati benih nanti. Ini pun selepas ana ke Ukay Perdana melawat anak buah baru, dan ternampak jiran lama Kak Ida yang pokok pakis nya bukan main subur merimbun. Kak Ida kongsikan petua supaya biak kannya kepada pokok baharu dan siram dengan air basuhan beras atau ikan supaya subur. Tapi ana yakin cuaca di Ukay Perdana memang sejuk dan berangin berbanding dengan kediaman kami ni, sebab tu pokok pakis Kak Ida cantik merimbun dan menghijau.




Dari satu gumpalan paku pakis di dalam pasu , ana keluarkan nya dan pecahkan kepada tiga bahagian. Buangkan daun-daun kering yang telah mati. Isi kan pasu yang baharu dengan campuran tanah hitam bakar dan tanah merah. Kemudian, masukkan bahagian paku pakis yang dibahagi kan tadi ke dalam pasu-pasu yang baru. Kambus semula dengan tanah sehingga memenuhi ruang pasu. Dan terhasil lah tiga pasu pokok paku pakis.




Inilah cara ana untuk membiak kan pokok paku pakis seperti yang di ajar oleh mak dahulunya. Mungkin cara lain juga ada di guna pakai, terpulang pada individu untuk mempraktikkannya. Ana suka pada tanaman hijau di dalam ruang anjung rumah agar menyejukkan pandangan. Pokok berbunga ana letakkannya di halaman luar rumah kerana tumbuhan berbunga memerlukan cahaya matahari yang kuat untuk menghasilkan bunga yang cantik dan berwarna warni kan :) Selamat mencuba.


2 Comments

  1. wahhh cantiknyer kakkkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik pokok pakis ni JJ, kak ana suka sebab senang nak jaga :)

      Delete