Mak ana sekarang dah hampir 80 tahun usianya, Alhamdulillah masih sihat untuk bergerak, bercucuk tanam, masak untuk abah dan keluarga dan beramal ibadah. Mak seorang yang tak banyak cakap, suka buat kerja dia sendiri sahaja. Mak seorang yang penyayang pada keluarganya, kalau boleh semua benda dia nak uruskan dalam keluarga. Minat mak bercucuk tanam ni lah yang ana warisi kini. Semua pokok kalau boleh nak tanam, tapi tangan mak sejuk kata orang tua-tua, apa yang di tanam , In Shaa Allah menjadi saja. Ana ni ada kadang-kadang dan jarang-jarangnya juga , hihi.

Minggu lepas , ketika balik dari bercuti di Kuantan, kami balik kampung Teluk Intan sekejap kerana nak ziarah adik sepupu baru lepas bersalin anak sulung di Seri Iskandar. Mak ada bagitahu, suruh ana ambil bunga betik di pokok yang banyak berkembang tu, buat kerabu katanya, sebab dia tahu ana suka makan kerabu bunga betik ni. Ana bagitahu mak, ana tak pandai nak buatnya, nanti pahit tak sama macam mak selalu buat. Minggu ni, sekali lagi kami balik kampung sebab nak hantar Adik Ika balik ke KMPK di Gopeng pulak. Kami singgah kampung sekejap sebelum balik ke rumah, tau-tau mak dah siap hidangkan kerabu bunga betik untuk kami... Inilah mak saya...




Kerabu bunga betik


Sebelum ini pun ana pernah terbitkan entri resepi dan cara buat kerabu bunga betik ni , lama dah laa masa tu. Kerabu bunga betik ni ada rasa pahit juga , maklumlah bunga betik kan. Tapi kalau mak ana yang buatkan , rasa pahitnya berkurangan. Mak kata mak celur bunga betik ni dengan asam keping untuk mengurangkan rasa pahitnya. 

Cara nak buat nya, lepas celur bunga betik tu, di hiris halus-halus, kemudian di gaul dengan kerisik .  Mak juga campurkan dengan sedikit pucuk ubi yang juga dah di celur dan di hiris halus. Bawang besar di hiris dan di tumbuk bersama udang geragau atau udang kepal halus-halus tu, kalau nak letak belacan pun boleh, tapi mak tak letak sebab kami kurang makan belacan ni. Tumbuk juga dengan cili merah atau cili api mengikut citarasa masing-masing kan. Dah gaul sebati, rasakan dengan garam dan perahkan asam limau.

Sedap, maklumlah bila usia dah kian veteran ni, hat yang pahit-pahit tu pula yang jadi kesukaan. Kalau dahulu memang tak lah kan nak makan benda-benda pahit ni. Mak kata baik untuk ubat darah tinggi, mak kata lah petua tradisional, Waallahu a'lam. Ana makan kerabu bunga betik mak dengan nasi putih sahaja. Ada lebih ana bawa balik ke rumah dan esoknya sambung makan semula. Alhamdulillah... terima kasih mak... air tangan mak sentiasa menjadi masakan paling sedap di dunia, korang setuju tak ?? 💗💗

8 Comments

  1. assalamualaikum
    singgah pagi

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum K.Ana..itu semestinya..kadg pndai masak pun bila mak ade tetiba xpndai..ihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Sha, lain kan air tangan ibu ni :)

      Delete
  3. SA tak oernah makan kerabu bunga betik kak..tp pernah makan rendang bunga betik..mmg org2 lama je yg pandai masak macam ni..Kerabu pucuk betik pun SA pernah makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. rendang bunga betik pun pasti sedap SA, lebih kurang rendang pegaga kan rasanya yang pahit-pahit tu..

      Delete
  4. Tak pernah makan tapi nampak sedap tu kak Ana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pahit nani, tapi selera orang-orang lama ni unik sikit hihi :)

      Delete