Adik Ika balik cuti jer,macam-macam nak makan. Maklumlah tinggal di hostel apa sahaja lah yang dapat di makan mengikut selera mereka kan. Rindu masakan ibu, katanya. Semalam kawan baiknya Aliya datang rumah lepas mereka ambil sijil SPM di sekolah. Nasib baik ada bahan-bahan untuk masak spaghetti dengan sos carbonara Prego di rumah. Ana cuma masak tumiskan sahaja  lah semudah yang boleh. Budak-budak ni bukan nak makan nasi sangat,benda-benda macam ni depa suka kan 😊😊 Ana update kan disini, cara masak spaghetti carbonara yang mudah versi anajingga. Adik-adik pun boleh cuba masak kay..senang je.




Resepi dan cara masak Spaghetti Carbonara Mudah


Bahan-bahan :

Pasta ana gunakan Angel Hair 
Daging ayam kisar 
Udang
Sotong
Crab Stick
Cendawan butang
Bawang besar
Bawang putih
Sos Carbonara Prego 

Cara masak Spaghetti Carbonara 


1. Pasta spaghetti atau Angel Hair atau apapun pun boleh di gunakan ikut selera masing-masing. Didihkan air sehingga masak, masukkan sedikit minyak dan secubit garam. Masukkan pasta dan rebus sehingga putih, masak . Toskan .




2. Dadu bawang besar, bawang putih, cendawan butang dan crab stick. Hiris nipis sotong dan kupas udang serta bersihkan.

3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih, masukkan ayam kisar biarkan seketika. 

4. Masukkan sedikit air jika terlalu kering, masukkan cendawan butang dan biarkan masak seketika.




5. Barulah masukkan udang dan sotong, di ikuti oleh kuah sos Prego Carbonara. Tambah kan satu tin air untuk mendapatkan kuah yang agak basah. 




6. Akhir sekali masukkan crab stick supaya ia tidak hancur dan rasakan dengan garam. Siap. Selamat Mencuba. Mudah kan :)





0 Comments