Wahh.. lambat juga mileage Axia ana nak capai 30 000 km. Hampir dua tahun juga lah, mungkin kerana kami jarang travel jauh-jauh dengan cik Axia , cuma jarak dekat-dekat. Kalau jauh kami lebih selesa gunakan kereta MPV satu lagi tu. Dari terbitan entri ana yang agak banyak mendapat carian di Google iaitu Servis Pertama Perodua Axia , pada tahun 2016 yang lalu, Rabu lepas 14.2.2018 barulah capai mileage ke 30 000 km dan sedia untuk di servis di Perodua Servis Centre, Rawang ni. Sekali lagi ana nak kongsikan dengan pembaca, pengalaman dan kos bayaran untuk servis kali ini. 




Servis Kereta Perodua Axia 30,000 KM


Mula-mula pastikan lah kita dah buat temujanji dahulu supaya memudahkan urusan servis kereta kita di mana-mana pusat servis sekali pun. Kami membuat temujanji pada jam 8.30 pagi dan di jangka siap dalam masa sejam lebih kata customer services nya. Selepas pemeriksaan kereta, serahan kunci, kami menunggu lah di ruang lobi yang selesa disini. Memandangkan ana dan suami belum sarapan, kita bancuhlah kopi dan roti bakar sambil menanti cik Axia siap di servis.

Lebih kurang dua jam jugalah siap sepenuhnya urusan servis dan jumlah bayaran untuk servis Axia pada mileage ke 30k kali ini ialah sebanyak RM 427.80 . Ermm! Tak lah terkejut sangat sebab sepupu ana Eja yang bekerja di situ dah maklum kan awal-awal harga major service pada mileage 30k lebih kurang begitulah anggarannya. Dan apa yang di servis dan di tukar ganti , korang boleh lihat di gambar yang ana serta di bawah ni. Nak cerita panjang pun ana bukan faham sangat, sekadar meneman suami sahaja ke sini.



Ana  cuma nak bagi kredit lah pada kakitangan di kaunter Perodua Servis , Rawang yang amat mesra dan memberikan layanan terbaik setiap kali kami datang ke sini. Pasti kan buat temujanji dengan menghubungi mana-mana pusat servis yang berhampiran untuk mempercepatkan urusan. Ini kerana jika kita datang secara walk-in, kita perlu menunggu sehingga ada kekosongan slot selepas yang dengan temujanji selesai terlebih dahulu.




2 Comments

  1. betul servis di Pusat Servis Perodua memang terbaik...sebab itu saya masih setia dengan perodua....cuma darapan saja jarang sebab biasa tinggal kereta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha arz tak sarapan kat sana eh :) Selagi dalam varanty suami kak ana akan kekal hantar ke Perodua Servis untuk elakkan sebarang masalah katanya :)

      Delete