Jalinan ukhuwah  ni bukan hanya di alam nyata, malahan jika ada keikhlasan dan benih-benih kasih sayang di dalam jiwa, alam maya juga bisa menjadi pengikat kasih persaudaraan. Alhamdulillah.. di usia yang tinggal berbaki meniti perjalanan kehidupan, ana lalui dengan penuh kasih sayang dari sesama hambaNya. Siapa lah ana di sebalik sebuah coretan kisah di nukilan maya blog picisan yang menumpang di arena dunia blogger yang luas tanpa sempadan. Seorang hambaNya yang sama-sama mencari pahala yang berpanjangan, berusaha untuk menjadi umat yang baik, hari demi hari selagi ada peluang dan ruang. 

Dan syukur teramat sangat, jari ini menarikan perkataan demi perkataan di nukilan maya dan media social sehingga terjalin ikatan ukhuwah dan kasih sayang antara kami. Ramai adik-adik malahan pangkat anak-anak yang ana kenali dari dunia blogger Malaysia. Malah ada yang telah bersua muka namun yang masih belum di berikanNya keizinan tetap hadir kasih sayang di jiwa seorang wanita 40-an ini. Nukilan kali ini, ingin ana ukirkan khas buat adinda Shalimar Yusof  pemilik blog  www.shalimaryusof.com .





Inilah namanya rezeki, tiba-tiba Poslaju muncul di pagar dengan parcel untuk Ana Halim. Eh! Rasanya tak ada pula ana tunggu sebarang parcel advertorial atau review minggu ni.Bila ana baca di sampul dari adinda Shalimar atau ana panggil Sha sahaja. Dan bila ana buka... Subhanaallah..sehelai kain pasang songket berwarna ungu yang amat cantik. Ungu warna blog Sha kan hihi 😉😉

Terus ana whatsapp Sha dan katanya memang dah lama nak bagi Kak Ana tapi tertangguh, hadiah kasih sayang katanya. Allahu... terima kasih Sha... Kak Ana hargai sangat dan Kak Ana terima kasih sayang dari Sha dengan hati yang terbuka dan berbunga-bunga. Alhamdulillah... masih ramai yang sudi menyayangi Kak Ana di atas pentas dunia ini. Selagi wujudnya kasih sayang dalam hati dan jiwa insan,selagi itulah kita menikmati kehidupan dengan penuh kebahagiaan. 




Cantik kan.. songket bunga tabur kata orang Perak . In shaa Allah.. Kak Ana akan jadikannya pakaian di hari raya nanti, jika panjang umur di izin Tuhan. Setiap pemberian dari sahabat dan adik-adik blogger amat Kak Ana hargai sangat-sangat. Bukan semua insan memiliki hati untuk memberi , kepayahan mereka ke pejabat pos, membayar harga postage semua itu hanya Allah swt sahaja yang dapat mengurniakan ganjaran pahala yang berpanjangan..Aamiin Ya Rabb. Sebagai coretan kenang-kenangan , Kak Ana hanya mampu mencoretkan kata-kata di arena sepi ini buat tatapan di hari mendatang. Sekali lagi... terima kasih Sha... 


Ana mengenali Sha sejak dari awal pembabitan ana dalam dunia blog. Masa tu, ana dan Sha masih dengan blogspot dan Sha menggunakan nama Nota Shalimar , kan 💕💕  Kami sering berkunjung dan berbalas komen, kemudian menjalin ukhuwah di Fb dan whatsapp. Indahnya ukhuwah. Sekarang ni, Sha makin aktif dan bersemangat dalam penulisan, banyak berkomuniti dalam kalangan group blogger..Bagus tu, bertukar-tukar idea dan pandangan malah kian positif dalam apa sahaja yang di usahakan. 

Nota Shalimar dah banyak perubahan yang baik, Alhamdulillah.. bertanyalah jika ada kemusykilan bila banyak ruang dan peluang ada di depan mata. Tentang blog, kak ana tak ada apa nak komen, bina lah blog mengikut citarasa Sha sendiri, jadi diri sendiri dan gali ilmu blogging dari pakar-pakar yang sedia berkongsi ilmu secara maya. All the best Sha... 

Maaf sangat Sha, Kak Ana dah jarang singgah ke blog Sha dan juga sahabat blogger yang lain kebelakangan ini. Di usia yang kian meninggi ni, Kak Ana bataskan masa dengan internet, sesekali di kelapangan waktu baharu Kak Ana akan berkunjung, In Shaa Allah. 

Sebagai satu pesanan dari seorang kakak buat Sha dan sahabat blogger yang lain, jangan ghairah mengejar trafik yang tinggi tanpa menjaga keywords yang masuk. Saham akhirat juga harus kita utama kan kerana sekarang, blog menjadi sumber rezeki dalam pelbagai cara. Kongsikan yang baik-baik sahaja ye... KeberkatanNya harus juga kita cari sebaiknya.... In Shaa Allah...kita bukanlah orang yang baik namun sentiasa berusaha memperbaiki diri selagi bernyawa...

Salam kasih sayang dari seorang kakak... www.anajingga.com 💗💗

16 Comments

  1. Terharunya bca nukilan kak ana ni..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alolo nukilan kakak buat seorang adiknya Timm :)

      Delete
  2. Insyallah..setakat ni xmerapu lagi kat blog..hehehe..moga ukhwah yang dibina akan berkekalan hendaknya

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak Ana..atas nukilan dan pesanan ikhlas ini..InsyaAllah Sha cuba perbaiki apa yang patut..semoga lebih baik dari sebelumnya..😙

    ReplyDelete
  4. Tahniah ye kak ana.. cantik songket tu. Semoga ukhwah ini terus terjalin ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki cik Tie, in shaa Allah kemanisan ukhuwah antara kita semua semoga di dalam rahmatNya sentiasa , Aamiin

      Delete
  5. Cantiknyaaaa... best dpt songket

    ReplyDelete
  6. Comelnya songket.. Terharu baca nukilan kak ana buat sha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan Ekin, nukilan kasih sayang dari hati buat Sha :)

      Delete
  7. touchingnya.... tahniah...lawa songket tu..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. semoga ukhwah kak ana dan sha berpanjangan hingga ke Jannah.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. dan buat semua sahabat dan adik-adik blogger lain juga mudah-mudahan

      Delete