Kalau korang baca sebelum ini, baru sahaja ana kongsikan kisah servis kereta Perodua Axia untuk mileage ke 30,000 pada 14.2.2018 yang lepas. Entrinya ana terbitkan di SINI . Dan selepas servis tu kami sekeluarga bercuti ke Cherating, Pahang. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar pergi dan balik. Minyak pun jimat lebih kurang RM60 pergi balik Rawang ke Cherating. Kereta lepas servis memang jimat minyak kata suami ana lah. 

Dalam seminggu lepas, ketika enjin kereta di hidupkan sementara menunggu suami ana membeli sate di gerai, di taman perumahan kami, tiba-tiba ana terdengar bunyi pelik dari enjin kereta. Ana matikan radio jelas kedengaran bunyi berdesing lebih kurang dan ana mula rasa panas dalam kereta.Okay, ana matikan air-cond, yes!! Bunyi tu senyap, on semula, ada balik. Try sekali lagi, off air-cond, senyap . Jadi confirmed bunyi tu dari air-cond dan dah tak sejuk, tinggal kipas je yang berfungsi. Ana matikan enjin, keluar dari kereta dan bagitahu pada suami.

Tukar Air-cond Compressor Perodua Axia





Dah dapat sate yang di pesan ( perlu ke cerita pasal sate .. ) hihi, suami kata compressor laa ni. Habis lah.. duit lagi. Keesokkannya, suami hubungi Perodua Servis dan maklumkan permasaalahan yang kami hadapi. Suami buat temujanji dan datang dua hari selepas tu. Memandangkan suami bekerja, ana lah yang akan menghantar cik Axia ke Perodua Servis untuk pemeriksaan dan pembaikan. 

Sampai tarikh appointment , dalam jam 1:45 tengahari,(appointment jam 2 petang),  berpeluh memandu tanpa air-cond ke Perodua Servis. Maklumlah ketika ini musim cuaca panas terik kan, bertabah je lah. Sampai giliran , pegawai tu pun senyum sambil kata, merah muka puan ye , panas ... :) . Ana serahkan kunci dan pegawai khidmat pelanggan buat pemeriksaan dan bawa ke bengkel. Hampir sejam lebih suami ana pun sampai, dan lebih kurang 3:50 macam tu kereta pun siap di baik pulih. 

Urusan cepat dan mudah kerana kami telah membuat temujanji dan menceritakan masalah yang di hadapi, jadi pihak Perodua Servis telah pun mengenal pasti apa yang perlu di ganti dan membuat reserved komponen tersebut lebih awal. Jadi pelanggan tak perlu menunggu lama. Dan lebih bersyukur lagi, ia masih dalam warranty atau tempoh jaminan, jadi tiada bayaran yang di kenakan untuk membaiki serta menukar kepada compressor yang baharu. Alhamdulillah...

Jadi kalau kereta kita masih dalam tempoh warranty pastikan kita menghantar servis di pusat servis kenderaan tersebut kerana jika berlaku sebarang masalah ia di bawah kelolaan syarikat kenderaan tersebut. Dan terima kasih atas layanan dan kepantasan kaki tangan dan pegawai khidmat pelanggan Perodua Servis Rawang. Axia dah kembali sejuk.. berhawa dingin . 

12 Comments

  1. dah mula risau kalau kereta buat hal.kalau kena sikit-sikit takpe kan kak ana...Kereta ni satu kemudahan yang wajib bagi eda,kalau dia mogok,sangat-sangatlah risau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ct kereta ni kalau meragam bukan sikit sikit modal kan, ni pun alhamdulillah masih dalam warranty, selamat lah kalau tak beratus gak tu.

      Delete
  2. Liez paling susah hati klau kereta buat hal... byk benda fikir, duit lagi, pastu klau rosak time liez dgn anak ke..lg takut

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dipermudahkanNya segala urusan kita Liez,Aamiin.

      Delete
  3. kebetulan, kompressor viva aida pun baru tuka last 2 weeks, AJ.
    aduhai. terbang RM600.
    umur viva dah skit lagi nak 10 thn ni, memcm penyakit dia dtg.
    ni tgh menabung nak tuko absober plak. lagi 3-4 minggu, masuk la bengkel lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kalau dah habis warranty memang macam-macam penyakit dia datang kan Aida.Bertabah lah kita ye :)

      Delete
  4. Memang 1st check then dia claim aircond compressor ke?????? Saya pun problem dalam tempoh waranty tapi pusat servis Perodua kat Ipoh nie teruk mereka pergi tukar benda lain dulu kunun nya ikut prosedur. Last2 still x okay.. terbaik lah Perodua Rawang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah reply di email Ross, mungkin Ross boleh buat complain atau aduan semula ke Perodua HQ untuk maklum balas yang lebih tepat. Cuba dapatkan email atau hotline Customer Services Perodua ye. Semoga dipermudahkanNya juga segala urusan Ross dan mendapat maklum balas yang positif, In Shaa Allah

      Delete
  5. Just saw your posting... my perodua axia is 5 years old.. no more waranty... but damn. it was broken yesterday as i felt the air cond not cold.... the AC shop said, compressor Axia memang problematic... in average 3-4 years, need to change new one... because they are always small leaking from the cluth... till the coolent xde... then driver will know.
    you can see below video
    https://youtu.be/qv7SMFID3JU

    Shit, wondering why perodua don't want to solve this problem? change AC compressor supplier la....from Sanden to Denso

    ReplyDelete
    Replies
    1. selepas tukar sekali tu sahaja sampai hari ini still okay dah ..

      Delete
  6. sampai sekarang masih okay... tq.... Tapi kalau boleh, beli compressor kat Lazada and shopee.. compressor jauh lagi murah dari kedai AC shop.... tapi kedai mungkin tak nak pasang. Sebabtu kena pergi kedai AC shop yang berpatutan

    ReplyDelete