Kalau yang pembaca setia blog picisan ana ni, memang tahu lah agaknya, ana ni peminat drama-drama Filipina khasnya lakonan Marian Rivera, dan seorang lagi actress Filipina yang ana suka melihat kecomelannya ialah Carla Abellana. Iras-iras wajah Marian Rivera juga pelakon jelita ni manis dengan lesung pipitnya. Banyak juga drama siri Pinoy lakonannya yang ana ikuti dan paling best wataknya dalam drama siri Losing Heaven yang pernah ana kongsikan di SINI . Watak Carla Abellana ni selalunya yang baik-baik sahaja kan, sama lah macam Marian Rivera. Okay jom ana nak highlight kan sedikit tentang drama My Destiny yang sedang ana ikuti di Astro Bella sekarang ni jam 6 petang setiap Isnin hingga Jumaat. 


Image result for my destiny filipino drama
credit photo : omnitv.ca

Pelakon drama Filipina My Destiny : 


Related image
credit photo GMA 

Carla Abellana - Grace Dela Rosa-Andrada

Image result for carla abellana

Tom Rodriguez - Lucas Matthew Andrada

Image result for Tom Rodriguez

Rhian Ramos - Joy Dela Rosa

Related image

Dibantu oleh :

Lorna Tolentino - Agnes Dela Rosa
Sid Lucero -Jacob Perez
Kuh Ledesma -Selena Andrada
Al Tantay - Arnold Dela Rosa
Ayen Munji-Laurel - Ruth Perez
Dennis Roldan - Mateo Andrada
Ruru Madrid - Paul Andrada
Ashley Ortega -Alex Martinez
Gabrielle Garcia -Nicole Perez


Sinopsis Drama My Destiny :

Mengisahkan seorang gadis cantik Grace yang menjadi tunggak keluarganya yang hidup sederhana yang mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Joy yang mengidap leukemia. Grace yang menyintai Matthew dan dalam masa yang sama lelaki tersebut juga yang menjadi lelaki idaman adiknya Joy yang di kenalinya dengan nama Lucas. Harus kah Grace mengorbankan percintaannya demi memberi kebahagiaan kepada adiknya ,Joy yang sedang sakit tu? Apakah perasaan Joy apabila mengetahui bahawa Lucas adalah Matthew kekasih kakaknya sendiri kerana Grace sendiri merahsiakan identiti Matthew daripada Joy. Faham ke atau pening nak fikir plot drama ni hihi :) Bagi yang menonton drama ni mesti faham konflik yang di lalui oleh Grace . Jom kita tonton hingga ke episod akhir drama My Destiny ini nanti... layannnnn !!

Episod akhir Drama My Destiny 

Drama My Destiny telah pun berakhir Isnin lepas dengan kesudahan yang sangat happy ending. Agak sedih apabila Joy meninggal dunia kerana penyakitnya, Jacob membatalkan perkahwinannya bersama Grace. Grace melahirkan anak perempuan di beri nama Faith dan kemudian bekerja sambil belajar di Singapura manakala Mathew menyertai misi pengaman selama beberapa tahun di sebuah daerah terpencil. Happy ending apabila Grace akhirnya berkahwin dengan Mathew dan membesarkan anak mereka Faith di samping ibu bapa keduanya merestui perkahwinan mereka. The End 💕💕


Credit : wikipedia and Google Image 

0 Comments