Hari ini dah masuk episod enam ana mengikuti Drama Monalisa yang menggantikan Drama Syurga Yang Kedua yang telah pun berakhir minggu lepas. Dari perkongsian rakan-rakan FB, menurut mereka drama Monalisa ini agak menarik kerana di adaptasikan dari sebuah drama bersiri Korea yang bertajuk 'Two Women's Room'. Barisan pelakon pun nampak hebat dengan adanya Zara Zya dan Nazim Othman. Selepas episod enam ni, ana rasa ana dah boleh follow terus hingga ke akhirnya nanti, lama lagi tu 80 episode. Boleh tahan laa nak mengadap. Cuma waktu siaran jam 6 petang memang sesuai untuk menonton kerana telah usai semua urusan. Ana dapatkan serba sedikit info tentang drama Monalisa ini buat pengetahuan pembaca yang singgah ke sini.



kredit foto : Astro


Drama Monalisa ditayangkan dalam 80 episod arahan Shahrulezad Mohameddin, bermula 20 mac ini setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima dan Astro Maya HD.

Barisan Pelakon Drama Monalisa 

Zara Zya sebagai Melissa
Mona Allen sebagai Ramona Herman
Nazim Othman sebagai Johan
Hafreez Adam sebagai Chef Adam Hakim
Roy Azman sebagai Tuan Mazlan
Amyza Aznan sebagai Rogayah
Shahriza Mahmud sebagai Jamilah
Laila Nasir sebgai Puan Marlia



Sinopsis Drama Monalisa

Mengisahkan Melissa, seorang wanita jelita yang mempunyai segala-galanya dan juga merupakan pewaris kepada perniagaan hotel mewah lima bintang. Beliau juga mempunyai teman lelaki bernama Johan yang juga merupakan pengurus besar di hotel berkenaan.

Kehidupan beliau yang sempurna mula berubah apabila seorang wanita bernama Ramona muncul dalam hidupnya. Melisa dan Ramona mula berkawan, tetapi secara diam Ramona sebenarnya begitu mencemburui kehidupan yang Melisa miliki dan merancang untuk merampas kebahagian tersebut.

Konflik sebenar bermula apabila Melisa membuat keputusan untuk tidak berdiam diri dan mempertahankan hak yang beliau miliki.
Kredit info :  http://www.myinfotaip.com/2017/12/drama-monalisa.html
Jom kita saksikan drama Monalisa ini sehingga ke episod akhirnya nanti. Pasti makin lama makin best plot-plot dalam drama ini kan, jangan sampai stress sudah.. :) 



2 Comments

  1. Selepas Syurga Yang kedua, kakcik masih belum mahu mengikuti mana-mana drama bersiri. Apatah lagi sekarang agak sibuk sebagai jururawat tanpa gaji... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana pun layan sambil sambil sahaja KAkcik layan drama ni, agak stress sangat plot cerita ni haha ":)

      Delete