Hiasan Rumah Dengan Perabot Antik dan Retro

Ini rumah bapa saudara ana di Teluk Intan. Kami pergi ketika cuti Tahun Baru Cina yang lepas, ketika mak saudara ana, makcik Lina sekeluarga mengadakan majlis tahlil. Rumah ni, baharu juga di diami mereka sekeluarga, tapi yang menarik perhatian ana ialah perabot hiasan rumah makcik Lina dan cik Udin ni. Memang retro habis lah..antik gitu. Blogger macam kami ni, semua yang rare nak update kan :)




Rumah perabot antik dan retro


Ruang makan ni paling unik pada pandangan ana. Ala-ala kedai kopitiam dulu-dulu gaya perabot dengan meja makan. Di tambah pula meja hiasan di bahagian belakangnya di letak kan sebuah radio lama, zaman Tan Sri P.Ramlee tu. 




Rumah ini, pak cik dan mak cik ana belum di tatarias sepenuhnya lagi. Cuma pak cik ana ni dah lama mempunyai hobi mengumpul perabot dan barang-barang lama. Menurut mak cik Lina, ada yang di beli dari kawan-kawannya sekitar Teluk Intan dan ada juga secara online. Dah minat kan, pasti ada cara untuk mendapatkannya.




Ruang tamu diletakkan sepasang kerusi kayu lama di bahagian tempat duduknya adalah anyaman buluh. Kerusi macam ni pernah ada dahulu di rumah arwah tok ana. Masa tu kami kecil-kecil sangat, memang tak nak duduk kerusi tu sebab keras tak ada kusyen hihi :) 




Almari kaca ni pun gaya almari lama, dahulu mak ada almari macam ni. Retro di bahagian kakinya yang bersaiz kecil dan terkangkang sikit tu.




Atas almari hiasan ni pula, di susun gelas-gelas lama dan pelita nyonya . Ana pernah merasa menggunakan pelita nyonya ni masa kecil-kecil dahulu sebelum rumah arwah tok belum ada bekalan elektrik. Kami guna lampu gaslin dan pelita katak menggunakan minyak tanah dan juga pelita kabaid. Nostalgia sungguh.




Jam dinding tu pun lama kan. Style dahulu. Masa ana membesar di rumah arwah tok, ada jam dinding sebegini. Tak bestnya bila tengah malam, bunyi detik nya tik tok tik tok boleh mengganggu lena tidur. Tapi masa tu kecil sangat lagi kan, tidur je lah tak terjaga pun. 

Inilah serba sedikit hiasan rumah bapa saudara ana yang amat meminati gaya antik dan retro. Ana yakin dari masa ke masa pasti tuan rumah akan menambah lagi hiasan gaya lama yang penuh nostalgia.
Hiasan Rumah Dengan Perabot Antik dan Retro Hiasan Rumah Dengan Perabot Antik dan Retro Reviewed by Ana Jingga on March 01, 2018 Rating: 5

8 comments:

  1. suka tengok almari tu
    memang retro betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann Hans, almari tu retro sangat :)

      Delete
  2. Replies
    1. ikut citarasa tuan rumah nya juga kan IL :)

      Delete
  3. Dah lama tak nampak pelita nyonya tu

    ReplyDelete
  4. suka tengok barang lama noltalgia sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak sedara kak ana ni minat sungguh dengan barang-barang antik ni Bonde :)

      Delete

Powered by Blogger.