Jom Cuba Resepi Paratha Roll

Anak-anak ana gemar makan Hot & Roll kalau ke shopping mall. Nampak mudah sangat menu yang di sediakan di situ. Balik rumah, ana olah kan semula resepi nya ikut selera dan memudahkan bahan yang ada. Maka terhasillah Paratha Roll versi anajingga yang simple tapi sedap tau. ✌✌ Korang pun boleh buat sendiri di rumah, anak-anak pasti menggemarinya, malahan kalau ada tetamu last minit datang pun boleh di jadikan sajian untuk mereka. Let's paratha roll bersama ana.






Cara buat paratha roll mudah


Bahan-bahannya :

Paratha segera 



Kepingan isi ayam ( chicken luncheon ) boleh dibeli di pasaraya jenama ayam mas pun ada.
Salad
Timun
Tomato ( di hiris halus atau dadu ketiga sayuran ni )
Mayo
Lada sulah
Garam secukup rasa

Cara membuat paratha roll 



1. Keluarkan sekeping paratha segera dan panaskan di atas kuali leper tanpa minyak ( non-stick pan ).




2. Balik-balik kan sehingga agak garing.




3. Kepingan luncheon ayam juga di panaskan di atas kuali leper sehingga masak garing.




4. Hirisan salad, timun dan tomato tadi gaulkan dengan mayo. Letakkan di atas paratha tadi. 




5.Kemudian letakkan luncheon ayam tadi . Rasakan dengan lada sulah dan garam. Gulung kemas-kemas dari bahagian tepi paratha.




6. Kalau nak ngap terus pun boleh, kalau nak potong-potong lagi nampak kemas bila di sajikan. Selamat mencuba menu mudah yang sedap :)
Jom Cuba Resepi Paratha Roll Jom Cuba Resepi Paratha Roll Reviewed by Ana Jingga on March 07, 2018 Rating: 5

9 comments:

  1. Nampak sedapnyaaaaa hee. Thankyou sebab share resepi. Tapi itu la tu, even tahu buat pun. Nampk hot and roll tetap ngada nak beli jugak haha. Perangai perangai hehe.

    https://ikashoid.blogspot.my/2018/03/book-review-bila-kupetik-gitar-by-fahmi.html

    ReplyDelete
  2. Yeah tq kak ana boleh try buat kat umah jimat sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha buat lah Miza, senang je kan :)

      Delete
  3. senang j resepinya, boleh sgt buat sendiri makan pun boleh bertambah lagi puas hati perut pun kenyang

    ReplyDelete
  4. nampak sedap tu..kita tak pernah lagi cuba paratha roll ni..boleh gak buat tambah menu hujung minggu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je CT cuba tengok anak-anak suka tak:)

      Delete
  5. Nnt nak try resepi ana.. husband suka mkn paratha

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang sangat mrs Liez, nanti cuba kay :)

      Delete

Powered by Blogger.