Kelapa Leleh Kampar - Memang Meleleh Punyaaa

Selama ni memang lalu lalang jer depan gerai Kelapa Lelehhhh Kampor Original ni kalau ana ke Gopeng melalui pekan Kampar. Kadang-kadang lalu , nak singgah tapi gerainya belum di buka, kadang-kadang penuh dengan pelanggan sampai tak ada tempat nak duduk.. Begitulah bila tempat-tempat makan yang viral ni, memang mencabar kalau nak singgah makan kan. 

Namun nak rezeki lah katakan, dalam perjalanan nak hantar Adik Ika balik Gopeng hari tu, kami singgah juga dan dapatlah merasa keenakkan kelapa leleh Kampar yang viral tu. Sedap tak ? Sedapp!! Alhamdulillah.. berbaloi dengan harganya . Kami bertiga je tengahari tu, jadi tak lah order banyak yang boleh di cuba. Meh, ana kongsikan dengan korang, menu-menu yang ada di Kelapa Lelehhh Kampor Original ni.




Kelapa Leleh Kampar


Di mana lokasi Kelapa Leleh Kampar ni ? Senang sahaja kalau korang datang dari hala KL lepas sahaja trafik light yang kelihatan monumen tulisan KAMPAR tu, ia terletak di sebelah kiri berhadapan dengan masjid. 



Masa ana singgah tu memang meleleh sungguh laa, bukan setakad menu kelapa lelehnya tetapi bahang panas yang meleleh sama peluh di tubuh :) . Gerai memang penuh, walaupun masa tu sedang panas terik tengahari dalam jam 3 petang lebih kurang. Dapat lah satu meja kosong untuk ana, suami dan Adik Ika. Tengok menu, okay sangat sebab ada pilihan saiz untuk harga yang berbeza, jadi kita boleh pilih saiz menu yang bagaimana untuk keperluan kita. Kalau ramai, ambil saiz menu yang banyak dan sebaliknya. Antara menu yang ada pada ketika itu ialah seperti di dalam gambar di bawah.





Dah tengok kan antara senarai menu yang ada di Kelapa Leleh Kampar ni, tapi senarai tu hanya pada ketika entri ini di terbitkan sahaja lah ye.. sebarang perubahan ana tak tak dapat nak update dari masa ke masa. Dan korang nak tahu apa yang ana dah cuba rasa ketika singgah di Kelapa Leleh Kampar ni.. Ana cuma sempat merasa dua menu Kelapa Leleh ni, kerana kami baharu sahaja lepas makan tengahari dan suami ana tak makan benda manis-manis sangat. Jadi ana dan Adik Ika sahaja yang mencubanya. 




Tuu diaa!! Meriah naa!! Berwarna warni, apa nama menu ni pun ana tak ingat dah tapi ada macam-macam lah dalam buah nyok ni. Lapisan bawah dia ada kek, pastu ada isi kelapa, ada jelly, ada sumi, ada natta de coco, ada hirisan buah-buahan dan ada juga buah strawberri. Nak habis sengsorang ambil masa gak lah.. Dan ia sangat sedap dan berbaloi sangat pada harga RM10. Alhamdulillah...




Hat nii pula pilihan Adik Ika, penuh coklat, apa nama dia pun ana tak ingat gak haha, excited nak ambil gambar lupa nak ingat nama benda alah yang di order ni . Tapi jangan risau dalam menu tu ada gambar-gambar korang boleh pilih. Set ini bertema kan coklat, pun sama ada kek coklat, ice-cream coklat, pop-corn , sirap coklat, coco crunch dan kacang. Sedap sangat tau bagi penggemar coklat.

Memang ada banyak menu kat sini yang boleh korang nikmati . Korang boleh usyaa dulu kat FB Kelapa Lelehhh Kampor Original untuk lebih banyak info dan gambar-gambar menu. Waktu perniagaan mereka seperti yang di tulis di banner di bawah Selasa-Ahad 2pm-12am. Isnin tutup. Kalau lalu Kampar, jangan lupa cari Gerai Kelapa Leleh Kampar ni kay . 



Kelapa Leleh Kampar - Memang Meleleh Punyaaa Kelapa Leleh Kampar - Memang Meleleh Punyaaa Reviewed by Ana Jingga on March 13, 2018 Rating: 5

8 comments:

  1. perghhhhh
    ini memang sedap

    ReplyDelete
  2. kalau lalu kampar ini nanti bolehlah mencuba,..

    ReplyDelete
  3. kalau singgah nanti boleh cuba...nampak menarik sangat kelapa leleh ni kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan,mana tahu rezeki nak merasa kelapa leleh Kamporrr originall :)

      Delete
  4. uih..banyaknya menu dia...ni memang buat orang meleleh tengok gambar ni kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meleleh leleh eda aiskrim depa sedap :)

      Delete

Powered by Blogger.