Petua Supaya Penyapu Baru Tak Relai dan Bertaburan Debu

Pernah tak kalau kita beli sebatang penyapu jenis seperti dalam gambar di bawah ni, bila kita guna kan baru-baru, ia akan meninggalkan habuk atau debu-debu halus. Dan paling tak suka juga , bila kita sapu , ia akan relai sedikit demi sedikit atau tercabut bahagian bawah nya ? Sebelum ni memang selalu lah terjadi begini kalau ana beli penyapu baru. Penyapu jenis macam ni, mak ana panggil penyapu batang gandum katanya, mana datangnya gandum tu, ana pun lupa nak tanya mak :) hihi. 



Related image

Semalam, ana membeli sebatang penyapu di kedai ECO , sedang ana mengusung batang penyapu sambil nak mencari barang lain, ana dan suami di tegur oleh seorang uncle India. " Adik, kalau beli penyapu ini macam, nanti balik rumah kasi rendam sekejap dalam air, kemudian kasi jemur sampai kering, baru sapu. Nanti dia tarak cabut satu-satu, habuk pun tarak keluar, " katanya pada kami. " Wahh! Uncle terima kasih, kasi petua, " jawab ana. " Saya pun tahu dari whatsapp, juga, " balasnya lagi sambil ketawa. " Thank you, thank you, uncle.. nanti saya cuba, " balas ana lagi sambil thumbs up kat uncle yang baik tu. 

Peramah kan.. seronok bila bertemu insan-insan yang baik macam uncle ni, walaupun tak pernah mengenali, dia bersungguh memberikan sedikit ilmu yang ada padanya, yang memanfaat kan orang lain. Dan hari ini, ana panjangkan pula di sini, mungkin bermanfaat juga buat kita semua.




Balik rumah, ana pun rendam lah dalam baldi, dalam setengah jam. Air rendaman tu terus jadi kuning sebaldi. Kebetulan cuaca pun sedang panas membahang tengahari nya, ana jemur hingga kering. Bila dah kering, bawa masuk dan cuba lah sapu di ruang tamu rumah. Okay, betul petua uncle tu, menjadi, tak bertabur habuk-habuk kuning dari penyapu tu di lantai. Helaiannya pun tak tercabut atau relai dari ikatan. Ermmm... menjadi nampaknya petua uncle. Terima kasih uncle... 




Petua Supaya Penyapu Baru Tak Relai dan Bertaburan Debu Petua Supaya Penyapu Baru Tak Relai dan Bertaburan Debu Reviewed by Ana Jingga on March 10, 2018 Rating: 5

18 comments:

  1. salam kak ana singgah sini.. ohh baru tahu petua.. :D.. tu lah kalau beli penyapu camni kali pertama nak sapu tu mesti keluar habuk kuning dari penyapu.. ok thanks kana sudi panjangkan kat sini pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun baru tau dari uncle India tu, boleh cuba nanti wani :)

      Delete
  2. Bagusnya petua ni. Mmang jd masalah juga bila awal2 guna penyapu baru jenis ni. Bukan nak sapu sampah tp terpaksa duk sapu habuk penyapu tu sendiri. Bab tercabut bulu lg. Thanks Ana kongsi petua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah Kak Mala, kalau tak memang habuk dia je kuning lantai, ni ana dah cuba sendiri walaupun masih ada habuk keluar tapitak lah banyak seperti sebelum ni. Mungkin kena rendam lama lagi kut sampai habis habuk2 dia

      Delete
  3. Replies
    1. tuu la Eyma, boleh lah cuba nanti :)

      Delete
  4. wahhh
    baru 1st time tahu petua nih
    sebelum nih mesti letih kalau guna penyapu baru sebab ada serbuk2 dia jatuh juga
    lepas nih boleh cuba lah

    ReplyDelete
  5. Boleh sha cuba pula nanti.. TQ Kak Ana..

    ReplyDelete
  6. Geram tau bila beli penyapu mesti luruh punya... sakit hati... boleh guna petua ana ni nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan penat jadi menyapu dengan habuk dia lagi hihi :)

      Delete
  7. baru tahu mengenai petua ini...terima kasih atas perkongsian kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. try naa Arz kalau beli penyapu baru nanti hihi :)

      Delete
  8. betul tu kak ana,kena buat macam tu,kalau tak,habuk dia tak hilang..eda paling suka pakai penyapu rami ni,

    ReplyDelete
    Replies
    1. eda pernah try ye.. oo eda panggil penyapu rami ..something new kak ana pelajari hari ini.

      Delete
  9. Pertama kali Mrs.A terbaca tip ni.
    Thanks k.Ana kongsi tip ni.
    Nanti kalau beli penyapu jenis ni bolehlah cuba tip ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada penyapu baharu nanti Mrs A try na :0

      Delete

Powered by Blogger.