Pusat Penerangan & Konservasi Penyu, Cherating
Ketika cuti-cuti ke Cherating baru-baru ni, ana berkesempatan melawat penyu di Pusat Penerangan & Konservasi Penyu di Cherating. Tak jauh pun dari resort penginapan kami di Erya By Suria Cherating Beach Resort. Itu pun ketika dalam perjalanan nak balik ke KL dah. Adik Ika yang beriya sangat nak jumpa penyu, alang-alang dah sampai Terengganu kan, kita kena lah melawat sang penyu. Menarik juga tempat ni, boleh kita mengenali pelbagai spisis penyu , kitaran kehidupannya dan melihat sendiri pusat santuari nya.
Pusat Penerangan & Konservasi Penyu, Cherating
Pusat Penerangan & Konservasi Penyu, Cherating ni terletak di KM 45, Jalan Kuantan - Kemaman, 26080 Kuantan . Lokasi nya bersebelahan dengan Club-Med . Bayaran masuk adalah PERCUMA sahaja, namun di sediakan tabung derma untuk sesiapa yang ingin menyumbang ke pusat santuari ini.
Waktu lawatan pula Selasa hingga Ahad jam 9 pagi hingga 5:30 petang dan tutup pada hari Isnin. Memasuki perkarangan pusat ini, yang merupakan senibina rumah papan tradisional dengan lanskap yang cantik dan menghadap pantai Cherating di bahagian belakangnya.
Di dalam rumah ini terdapat ruang pameran berhawa dingin yang mempamerkan pelbagai infomasi tentang penyu dan spisisnya. Terdapat juga pelbagai replika haiwan terpelihara ini untuk rujukan dan pengetahuan kita bersama. Sangat menarik.
Bagi yang rajin membaca atau yang sedang belajar berkaitan penyu dan spisisnya, ana yakin pameran ini sesuai untuk di jadikan rujukan. Untuk yang sekadar melawat macam kami ni, boleh lah mendapat serba sedikit ilmu baharu, paling tak pun lifestyle blogger macam ana, dapat menerbitkan sebuah entri untuk di kongsikan bersama pembaca atau pencari info yang ingin melawat ke sini. Mudahkan..
Diperkarangan luar rumah ini lah terdapat beberapa kolam kecil yang di jadikan tempat penjagaan spisis-spisis penyu sebelum di lepaskan ke laut. Tak banyak anak-anak penyu yang ada di dalam kolam-kolam ni, mungkin baharu proses pelepasan agaknya. Comel jer melihat anak-anak penyu ni terkapai-kapai berenang dan memanjat tembok kolam. Kasihan pun ada bila terkurung sebegini, tapi inilah proses yang di jalankan untuk mempastikan kesinambungan kehidupan mereka di alam ini terjaga.
Jadi, kalau korang bercuti di Cherating, sambil menikmati keindahan pantainya dan makan-makan sedap menu Pantai Timur di Kemaman, jangan lupa singgah ke Pusat Penerangan & Konservasi Penyu, Cherating sambil melawat sang penyu.
6 Comments
comelnya anak-anak dia! :D
ReplyDeletekan kecil kecil je merayap hihi :)
Deleteseronoknya
ReplyDeleteteringin nak pergi sini
seronok juga Hans, ada rezeki nanti sampai lah tu kay, Ammiin
DeleteMemang teringin nak pergi, tak sampai lagi saja
ReplyDeleteIn shaa Allah AW, ada rezeki nanti sampai juga dengan izinNya
Delete