Seni warisan kesenian negeri Perak yang kian hari kian di tinggalkan oleh generasi moden kini antaranya tekat benang emas. Kalau dahulu, seni sulaman tekat benang emas menjadi simbol adat tradisi dalam majlis perkahwinan khasnya di sekitar negeri Perak Darul Ridzuan. Masih ana ingat, kalau dahulu mak-mak saudara yang mengadakan majlis pertunangan dan perkahwinan pastinya sibuk menempah set cadar tekat baldu untuk menyerikan majlis. Antara yang dihiasi dengan sulaman tekat benang emas ialah cadar, tepak sireh, alas pahar, hiasan pintu bilik dan sebagainya. Antara warna kain baldu yang menjadi latar belakang sulaman tekat pula lazimnya merah, biru, kuning atau hijau. 




Seni Tekat Benang Emas, Perak


Ketika menghadiri majlis perkahwinan anak jiran ana baru-baru ni, ana terjumpa bantal dengan sulaman tekat benang emas di gunakan untuk menyeri majlis. Kagum sangat kerana kak Hani masih menyimpan warisan seni lama ini. Ana pasti sekarang ni dah tak ramai yang menyimpan atau memiliki peralatan dari sulaman tekat benang emas sebegini. Harga nya juga pasti sudah melambung tinggi kerana dah tak ramai yang mempunyai kemahiran menyulam benang emas. 




Inilah gambar sulaman dari dekat yang dapat ana kongsikan dengan pembaca www.anajingga.com. Seni sulaman tekat ini menggunakan base lakaran dari kertas keras kemudian di sulam dengan benang emas . kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu dan juga mempulur sebagai acuan motif serta benang emas untuk membentuk bunga tekat. Ia memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi dalam penghasilan sebuah produk yang kemas dan cantik. Untuk melihat cara penghasilan sulaman tekat benang emas ini , boleh lah rujuk ke : https://www.orangperak.com/seni-tekat-benang-emas-warisan-negeri-perak.html.

Motif corak sulaman pada kain baldu yang terhasil adalah timbul dan lazimnya bermotif bunga-bungaan atau awan larat . Ia sangat kemas, cantik dan merupakan hiasan mewah yang dahulunya di gunakan di kalangan keluarga di Raja , di istana. Antara hasil sulaman tekad benang emas yang pernah ana temui dan terbit kan di blog adalah seperti di bawah iaitu, set cadar, kipas pengantin dan juga tepak sireh.








Gambar-gambar ini dari terbitan entri lama ana sendiri. Semoga warisan kesenian sulaman tekat benang emas ni akan kekal terpelihara dari zaman ke zaman. Ana sendiri ingin sangat untuk memiliki dan menyimpan salah satu dari hasil sulaman tekat benang emas, suatu hari nanti. In shaa Allah.


8 Comments

  1. Suka tengok hasil seni barang lama. Cantik sangat tengoknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Aizamia,seni warisan lama yang bimbang akan pupus di telan arus permodenan :(

      Delete
  2. ni sgt antik ni, AJ.
    dedolu kalau wedding, tekat benang emas ni la yg wajib ada.
    perhiasan pelamin.
    skang mesti dah mahal! brg lama yg anggun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Aida, kalau dahulu menjadi stu kebanggaan dalam sesebuah majlis. memang mahal kerana tak ramai lagi yang berbakat dalam penghasilannya.

      Delete
  3. Cantik segar sepanjang zaman.

    ReplyDelete
  4. saya ada full set. 1 tepak sireh besar, 1 tepak sireh kecil, 2 bantal tangan, 2 bantal sandar, 2 kipas tangan. harga boleh runding...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayangnya nak jual.. simpan sebagai khazanah warisan yang kian pupus :)

      Delete