Drama Teratai Kemboja di TV3
Sebelum ni follow di IG ADP Putra dan Fasha Sandha mereka kongsikan gambar-gambar ketika shooting drama ni di Kemboja dah teruja dah nantikan tayangannya. Tup tup tengok dah start dah di TV3 minggu ni,itupun kebetulan ana tertukar channel nampak Dato' Haji Adi Putra teruslah ana melekat depan tv. Mahu tak best, berganding pula dengan Fasha Sandha terigat drama Cinta Chanduri dahulu gandingan mereka berdua memang best!! Kena pula ada Kak Lina pompom kita lagi lah menarik kan... Jom kita tonton sampai ke episod akhir drama Teratai Kemboja ni sama-sama kay 😉😉
Drama Teratai Kemboja di TV3
Drama bersiri Teratai Kemboja yang mengisi slot Zehra di TV3. Membariskan pelakon seperti Adi Putra, Fasha Sandha, Elly Mazlein, Hasnul Rahmat, Nafiz Muaz dan ramai lagi. Diarahkan oleh sutradara Along Kamaluddin. Ditayangkan mulai 13 April 2018, setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9:00 malam di TV3.
Sinopsis Drama Teratai Kemboja
Mengisahkan mengenai Fikri (Adi Putra), seorang usahawan yang berkahwin dengan Hanani (Elly Mazlein) sewaktu mereka sama-sama masih menuntut di universiti. Hanani masih belum bersedia untuk mempunyai anak dan mengambil pil perancang kerana mahu menumpukan pengajian tahun akhir mereka. Fikri tidak setuju dengan tindakan Hanani tetapi Hanani tetap dengan keputusannya. Dalam rumahtangga mereka, Hanani lebih mendominasi dan Fikri banyak mengalah demi menjaga hati Hanani.
Konflik semakin meruncing apabila Hanani semakin tidak menghormati Fikri sebagai suami lebih-lebih lagi apabila perniagaan Spa Hanani kini semakin maju. Situasi ini menyebabkan Fikri sangat tertekan dan diserang sakit jatung ketika memandu dan telah melanggar Taufik. Mujur kecederaan Taufik tidak serius namun dia tetap di tahan di hospital. Selama mereka dirawat di hospital, Taufik selalu datang melawat Fikri di wadnya.
Fikri bertanyakan tujuan Taufik yang juga seorang guru agama di Kemboja datang ke Malaysia. Taufik menceritakan dia mencari seseorang dan dalam masa yang sama berjumpa dengan pihak NGO yang banyak menyumbang keperluan asas seperti pakaian, buku, alat tulis terutama yang berkaitan dengan perkembangan Islam dan pendidikan kanak-kanak di kampungnya. Fikri tertarik dan mahu mengikut Taufik pulang ke Kemboja.
Melihat kehidupan yang daif di kampung Taufik, Fikri tersentuh dan ingin menetap lebih lama di situ. Fikri juga tertarik dengan peribadi Nurhidayah (Fasha Sandha) yang juga anak kepada Taufik (Hasnul Rahmat), tetapi Fikri masih ingat akan statusnya yang sudah berkahwin. Taufik juga turut menceritakan asal usul mereka dan kenapa dia membawa Nurhidayah lari ke Kemboja. Tanpa diduga, Taufik melamar Fikri untuk menjadi suami kepada Nurhidayah.
Fikri bingung. Namun dalam masa yang sama, Fikri juga mahukan zuriat sebagai pewaris keturunannya dunia akhirat. Nurhidayah pula, seorang anakyang baik hanya menurut permintaan bapanya. Akhirnya Fikri dan Nurhidayah disatukan. Taufik meminta Fikri untuk menjaga Nurhidayah dan mencari Maryam, ibu kandung Nurhidayah sekembalinya mereka ke Malaysia nanti. Dapatkah Nurhidayah menemui Maryam dan bagaimana pula penerimaan Hanani terhadap Nurhidayah? Kenalah saksikan hingga ke episod akhir nanti kan... Selamat menonton drama Teratai Kemboja kay :)
kredit sinopsis / foto sumber : http://www.myinfotaip.com/2018/02/teratai-kemboja.html
2 Comments
Mmm...kak tengok teratai dalam kolam tu bestnya. Minat sangat bunga ni baru ja beli 2 minggu lepas.
ReplyDeletehaha susah juga nak hidup teratai ni kan Kak Mala
Delete