Kelahiran Putera ke tiga Prince William & Kate Middleton 


Ana amat mengikuti perkembangan keluarga Diraja Britain ni sejak dari era kegemilangan Princess Diana lagi dan kini Kate Middleton pula. Memang kecantikan dan keanggunan kedua Puteri Diraja ini tidak dapat di nafikan. Dan hari ini memetik dari status Instagram Kensington Palace melaporkan bahawa The Duchess of Cambridge telah selamat melahirkan seorang putera. Turut berada disisi baginda ialah suami baginda, Prince William, The Duke of Cambridge. Inilah dia cucunda ke tiga mendiang Puteri Diana yang amat di nanti-nantikan kelahirannya oleh seluruh rakyat Britain dan pengikut mereka di seluruh dunia. Congratulations!! 




Pada tahun  22 July 2013 pasangan Diraja ini dikurniakan seorang Putera yang bernama Prince George dan kemudian seorang puteri pada tahun 2 May 2015 iaitu Princess Charlotte. Ke semua putera & puteri Diraja ini di lahirkan di St Mary's Hospital tempat yang sama Puteri Diana melahirkan Putera William dan Harry. 




Tak sabar nak melihat kecomelan dan siapakah pula nama putera ketiga pasangan Diraja ini. Nanti akan ana update selepas mendapat kan info yang terkini, In shaa Allah.

2 Comments

  1. Mereka keluarga yang hebat dan bahagia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga rumahtangga mereka kekal bahagia tak seperti kisah sedih ibunda mereka Lady D :(

      Delete