Hari-hari ayam kan kalau ada budak-budak di rumah. Depa ni suka sangat makan ayam, lagi pula harga ikan sekarang ni agak mahal, ayam kalau beli seekor tu kalau di rumah ana ni boleh dua atau tiga kali masak. Tapi sekarang ni Adik Ika dah tamat pengajian di matrik, ada kat rumah,memang dia macam balas dendam je bab makan ni. Rindu masakan ibu agaknya, kalau dulu di kolej makanan banyak yang tak kena dengan seleranya, balik ni macam-macam permintaan. 

Bercerita kisah ayam ni, ana pun naik jemu juga memikirkan nak masak apa dengan ayam. Pusing-pusing balik kari, kurma, sup, masak merah, rendang tak pun paling sempoi ayam goreng kunyit. Dua tiga hari lepas, untuk iftar Adik Ika, ana masakkan ayam bakar sahaja. Sebagai sajian side dish nya ana buatkan salad tomato salsa ala-ala mexico gitu. Sedap pula tomato salsa ni. Ana nak kongsikannya dengan korang yang tercari-cari menu untuk iftar ataupun sahur menjelang Ramadan yang kian hampir dua hari lagi, In Shaa Allah. 





Resepi Ayam Bakar dan Tomato Salsa


Untuk ayam bakar ni mudah sangat lah. Ikut resepi ana, ana perapkannya dengan sos tiram, kicap manis, serbuk kunyit, garam, serbuk cili dan sedikit serbuk lada putih. Ana perapkan dalam satu jam sebelum membakarnya di dalam oven pada suhu 200' selamat 45 minit. Pastikan korang balikkannya selepas 20 minit pertama agar ia masak sempurna di kedua-dua bahagian. 




Dan cara buat salad tomato salsa ni pun senang ya amat. Dah nama lagi salad kan. Ana gunakan tomato ceri. Tambah sedap lagi sebab tomato ceri ni ana petik sendiri dari pokok tomato sepupu ana Intan yang ana singgah untuk hantar tempahan baju kurung raya baru-baru ni. Memang sedap tomatonya segar dari ladang katakan.. 




Ana satukan tomato ceri yang di dadu, bawang besar, cili api dan hirisan daun sup dan daun bawang. Perahkan lemon, ana gunakan limau nipis sahaja ( versi Melayu ). Rasakan dengan garam dan gula. Gaul sebati dan simpan di dalam peti sejuk sebelum di sajikan. Memang sedap sangat salad tomato salsa ni. Silap haribulan boleh jadi air asam dah kan..haha!! Tekak orang kampung macam ni la yer 😉😉



Jadi kalau rasa nak tukar selera menu makan ayam bakar atau ikan bakar, boleh lah cuba salad tomato salsa versi AJ ni kan. Selamat mencuba kay . 

8 Comments