Musim buah mangga harum manis dari Perlis sekarang ni kan. Ana lihat ramai yang update di media social makan buah mangga harum manis yang di beli dari Perlis. Nak rezeki kami petang semalam, Man dan Ida ada memberi dua biji buah mangga harum manis , Alhamdulillah. Ini kali kedua ana sekeluarga merasa sendiri kesedapan buah mangga harum manis ni. Semoga dimurahkanNya sentiasa rezeki Man dan Ida. 




Mangga Harum Manis

Ana sempatlah juga bertanya pada Man, berapa harga sekilo harum manis ni ? Man kata dia beli dari jiran setaman kami juga lah Dr Zaki yang membawanya dari Perlis sana, sekilo RM35. Tu diaa!! Boleh tahan gak, ni dua biji yang Man beri ni pun mahu dalam belasan ringgit agaknya. Yang ana kenal tentang buah mangga harum manis ni ialah harumannya yang luar biasa tu. Memang wangi baunya berbeza dengan buah mangga biasa. Dan bila kami kupas isinya pula, Allahu.. memang sedap sangat, manis lemak cukup rasa. 




Ana pun ada mencari serba sedikit info dari pelbagai sumber rujukan dan ingin ana kongsikan disini beberapa fakta menarik tentang buah mangga harum manis ni. Dinyatakan bahawa buah mangga harum manis ni juga sejenis buah yang bermusim. Ia akan berbuah atau di tuai lazimnya pada bulan April dan Mei setiap tahun. Ini yang menjadikan harganya pernah mencapai sehingga RM50 sekilo di pasaran. Harum manis telah di wartakan sebagai harta intelek sebagai trademark negeri asalnya Perlis Indera Kayangan. 



Cara kenal atau ciri-ciri buah mangga harum manis


Memandangkan harganya di pasaran yang agak tinggi, ana rasa kita perlu peka dan kenal betul-betul ciri-ciri fizikal buah mangga harum manis ni agar tidak tertipu bila membelinya di pasaran. Ana merujuk dan kredit sumber buat https://www.belangtarung.com/2018/01/cara-kenal-buah-mangga-harum-manis-yang.html dan ana kongsikan semula disini untuk pengetahuan kita bersama. 


Buah mangga harum manis berbentuk sedikit gempal dan tidak terlalu besar saiznya.


Hujung ekornya kelihatan seperti 2 bucu yang tidak tajam


Beraroma harum, jelas sangat baunya kuat dan harum mangga dan rasanya lemak manis bagi yang sudah masak ranum. 


Pasni pastikan kita membeli buah mangga harum manis yang asli kay, jangan tertipu dengan penjual yang mencari keuntungan semata-mata kerana bukan murah tu harganya untuk sekilo. 

8 Comments

  1. Baru tau cara kenal buah harum manis asli ni..selalu main ambil je

    ReplyDelete
  2. sebelu nak bli kena kenal btul2 harumanis ni ,, tidak tak berbaloi beli dengan harga yg mahal tapi dapat buah klon harumanis je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah tu lah CCL, sebab benda mahal kan takut je tertipu :)

      Delete