Siapa suka minum jus air kedondong asam boi sini ? Air kelapa laut ? Mesti korang suka kan.. Sedap menyegarkan tekak sungguh la dapat segelas di ketika haus ya amat. Kami di sekitar Rawang dan Bandar Tasik Puteri ni, kalau nak minum jus kedondong atau kelapa laut pastilah cari gerai air Man Java. Kalau di Shah Alam pun, ramai peminat minuman dari Man Java ni khasnya peminat-peminat yang selalu menyaksikan perlawanan bola sepak atau acara-acara sukan di stadium Shah Alam sana. Sedap kan.. memang awesome.

Ana sekeluarga pun peminat tegar jus kedondong dan kelapa laut Man Java. Kalau ke pasar malam di Green Park, Bandar Tasik Puteri setiap Jumaat tu, wajiblah singgah beli secawan dua. Ketagih dah. Tambah pula bulan puasa ni, kalau kami ke bazar Ramadan di Bandar Tasik Puteri, lagi lah itu yang kami tuju awal-awal lagi. 




Jus Kedondong & Kelapa Laut Man Java


Sekarang ni mudah dah kalau ana nak minum jus kedondong dan juga kelapa laut Man Java sebab ana dah boleh beli sahaja ready to drink jus kedondong dan kordial kelapa laut. Bawa balik rumah simpan sahaja dalam petisejuk, bila nak tuang , bancuh dan minum. Masyaa Allah berebut kami sekeluarga kalau ada minuman ni di rumah.




Memang sedap kerana ianya homemade dan menggunakan buahan  tanpa bahan-bahan pengawet. Ini kerana menurut Sue, isteri pengusaha minuman Man Java ni, jus kedondong ni cuma boleh bertahan beberapa hari sahaja selepas di buka. Jangan risau Sue sebab kat rumah ni dua hari dah licin dah. Ini dia peminat setia jus kedondong Man Java nombor satu, suami saiyaa !! Pantang ada belum sempat ana beli asam boi nak masukkan dalam jus kedondong dah separuh botol habis , habih camno tuu... 




Kalau suami ana peminat jus kedondong Man Java ni, ana dengan anak-anak pula minat sangat lah dengan kordial kelapa laut Man Java. Sebotol kordial kelapa laut Man Java ni sangat pekat tau, boleh bancuh dapat satu balang air macam kat bazar tu. Ana sendiri dah bancuh beberapa kali tapi masih ada lagi dalam peti ais nak buat bekalan minuman iftar Ramadan ni. Sedap sangat dengan rasa kelapa laut asli cuma perlu campurkan dengan air gula dan ais batu sahaja dah boleh di nikmati sekeluarga.




Air kelapa laut Man Java ni amat menyegarkan dan menghilangkan dahaga, Alhamdulillah. Ana suka minum tanpa ais batu sebab ia amat pekat pati air kelapa laut ni. Ana sendiri pernah ke rumah Sue dan lihat suami dan pekerjanya memunggah ratusan biji kelapa laut untuk di proses menjadi pati dan di jadikan kordial. Korang cuma perlu tambah air gula dan ikutlah selera masing-masing nak manis hat mana kan.




Kalau korang berminat nak mencuba sendiri keenakan jus kedondong dan air kelapa laut Man Java ni cuba lah hubungi Sue melalui :

whatsapp 
012 5854998 / 012 5844736 

atau lawati dan pm Sue di pautan di bawah

Facebook beliau @shuhaidakabdy 

Instagram : @kaksue7273


Untuk mereka yang tinggal di sekitar Rawang dan Bandar Tasik Puteri khasnya payah sangat singgah sahaja ke gerai air Man Java di pasar malam Green Park setiap hari Jumaat atau pun di bazar Ramadan Bandar Tasik Puteri sepanjang Ramadan al Mubarak ini.


gerai minuman man java
kredit foto : shuhaidakabdy.com

Man Java juga ada menerima tempahan air balang berbagai jenis air untuk sebarang majlis dan juga tempahan Pati Kelapa Laut dan juga buah kelapa laut.Tak kira lah untuk minum sendiri atau untuk yang nak berniaga.Siap ada khidmat nasihat lagi bagi untuk yang mula nak berniaga (kredit info dari SINI . Jadi ingat air kelapa laut ingat lah Man Java ✌✌

4 Comments