Kesegaran Aroma 4 Variasi Dari SAFI SHOWER Terbaharu
Letih lesu dalam aktiviti seharian, kita perlu untuk segarkan diri semula atau recharge kata omputih. Cara yang paling mujarab, pasti lah mandi kan. Seharian bekerja,berada di luar rumah dengan debu dan habuk, dalam cuaca kering panas dan hujan yang tak menentu, berhadapan dengan kesesakan trafik, tekanan kerja, tugasan assignment dan sebagainya.. Paling best balik rumah dapat mandi dengan segar, bersihkan diri dan keluar bilik air seharum aroma tropika yang mempersonakan jiwa.. Wallaaaa!! Heaven sangat kan..
Inilah cara ana segarkan diri baru-baru ni bila di perkenalkan dengan rangkaian TERBAHARU dari SAFI SHOWER Anti-Bacterial. Kalau zaman dahulu lagi, orang kita mengamalkan mandi limau dan juga mandi bunga untuk mengembalikan seri dan kesegaran tubuh, kini dengan kaedah yang sama cuma di mudahkan dengan adanya SAFI SHOWER terbaharu ni, dan ana memilih untuk segarkan diri dengan formulasi kesegaran serai dan limau nipis dengan Safi Shower Anti-Bacterial Serai Lime Splash baharu.
Ermm... dengan haruman segar lemon dan aroma serai bagaikan satu terapi untuk mengembalikan kesegaran tubuh setiap kali waktu mandi. Serius memang best sangat, korang kena cuba sendiri alami keunikan dari kesegaran SAFI SHOWER baharu ni. Jangan risau, SAFI SHOWER baharu menampilkan 4 pilihan variasi mengikut pilihan korang sendiri dan kesemuanya memang kombinasi yang terbaik adunan aroma semulajadi. Jom ana kongsikan dengan lebih lagi mengenai SAFI SHOWER terbaharu.
Rangkaian SAFI SHOWER
SAFI, rangkaian produk Halal yang sekian lama bertapak di pasaran selama 30 tahun merupakan jenama kecantikan dan penjagaan diri terkemuka di Malaysia kini memperkenalkan SAFI SHOWER. Seiring dengan namanya, rangkaian ini amat sesuai untuk seisi keluarga! Setiap bilasan pada kulit amat berkesan dalam menyingkirkan kuman serta memberikan perlindungan harian kepada seluruh keluarga.
Umpama menikmati ketenangan biasan jingga saat terbenamnya matahari di ufuk barat, rangkaian SAFI SHOWER merupakan inspirasi dari keharuman aroma minuman mocktail yang segar dan menenangkan akibat cuaca panas yang mencengkam kulit, digabung dengan manfaat alam semulajadi yang dilengkapi dengan perlindungan antibakteria.
Nuansa SAFI SHOWER hadir dengan keunikan tersendiri. Adunan segar kelazatan mocktail yang hadir dalam botol dengan rona tropika - kuning, jingga, merah jambu dan hijau sangat menarik perhatian dan menceriakan suasana.
Selain itu, bentuk pam yang ekonomik memberikan anda kawalan menyeluruh ketika menggunakan gel mandian, justeru mengurangkan pembaziran. Sejumlah kecil gel mandian sudah cukup untuk memberikan anda kesegaran dan perlindungan yang diingini untuk seisi keluarga. SAFI SHOWER juga boleh didapati dalam pek isian semula bersaiz 850g.
Rangkaian terbaharu ini hadir dalam 4 variasi yang diformulasi secara unik bagi melengkapi keperluan keluarga anda. Setiap olesan pada kulit dilengkapi dengan ciri-ciri antibakteria yang membuatkan kulit anda lebih bersih.
2 bentuk formulasi, iaitu gel dan krim mandian telah dihasilkan bagi melengkapi citarasa ramai. Bagi anda yang sukakan tekstur gel, variasi Serai Lime Splash dan Passion Honey Frost merupakan gel mandian bebas sabun, tanpa alkohol, bebas paraben dan mempunyai bacaan pH yang seimbang. Bagi mereka yang gemarkan tekstur krim pula, Kokonut Shake dan Berry Smoothie sangat sesuai kerana diperkaya dengan kelembapan tanpa alkohol dan bebas paraben. Setiap sentuhan pada kulit mengandungi tekstur yang sangat lembut seperti menikmati bisikan halus bayu laut semasa bercuti di pulau Hawaii!
Ramuan terbaik SAFI SHOWER dipilih dengan teliti agar anda dapat menikmati masa mandi umpama menyedut segelas mocktail yang penuh kelazatan dengan aroma yang menyegarkan!
Safi Shower Serai Lime Splash
Safi Shower Passion Honey Frost
Safi Shower Kokonut Shake
Safi Shower Berry Smoothies
Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya besar, farmasi dan pasaraya hyper. Setiap variasi berharga RM18.90 (1kg) atau RM12.90 (850g pek eko isian semula).
Untuk maklumat lanjut berkenaan jenama SAFI sila layari :-
Facebook SAFI
Instagram SAFI
Youtube SAFI
Website SAFI
5 Comments
Kite pun dah cubaaaa.. Best!! segar jerk rasa lepas mandi..
ReplyDeletekan lea segar je harumannya
DeleteNak cuba lime splash tu la.. mesti wangi..
ReplyDeletebest Sha hat tu macam detox je ada serai dan lime hihi :)
DeleteThanks for sharing nice information with us. i like your post and all you share with us is uptodate and quite informative, i would like to bookmark the page so i can come here again to read you, as you have done a wonderful job. suatamcottage/
ReplyDelete