Pertama kali ana menikmati makan colek-colek ni ialah setelah di ajar oleh jiran kami, Man dan Ida dua tahun lepas. Jauh kami mencari gerai yang menjual colek ketika itu sampai ke Puchong. Jauh mengembara mencari colek-colek. Entrinya pernah ana terbitkan di Warung Cikgu, Puchong . Dan tahun lepas kami dah temui port baharu yang agak dekat untuk makan colek-colek kali ini hanya di Kampung Melayu, Sungai Buloh sahaja, dekat benarlah dengan kediaman kami. Pun pernah ana terbitkannya di Warung Kita ,Sungai Buloh .

Sabtu lepas, dalam jam 10;30 malam sekali lagi kami sekeluarga bersama Man dan Ida ke Warung Kita, Kampung Melayu Sungai Buloh dalam misi makan colek. Istimewanya makan colek hanya ada di dalam bulan Ramadan. Dan menurut Man tradisi ni bermula di kampung halaman mereka di Kelantan. Man kata, orang Kelanan ni memang gemar lepak di kedai malam-malam lepas solat terawih , jadi menu makan colek merupakan goreng-gorengan apa sahaja lauk yang ada dan di makan bersama sos cicah dan  keropok. Ala-ala rojak lah kalau kita di sebelah utara ni.





Makan colek di Warung Kita, Sungai Buloh

Antara yang menjadi pilihan kami malam itu ialah sotong, ayam, paru, bebola ketam, tepung rangup dan beberapa lagi. Ambik serba sedikit dan hasilnya sepinggan penuh tu berharga RM29. Setahun sekali je kan nak menikmati keenakan colek-colek ni. Man pun ambil sepinggan lagi dan juga rojak buah. Makan pula dengan coconut shake Warung Kita, memang heaven sangat lah. Alhamdulillah nikmat dariNya yang amat di syukuri.




Majoriti yang datang makan colek di sini terdiri daripada orang Pantai Timur sebab menu ni pun menu orang sana. Untuk sepanjang bulan puasa ni, mereka buka mulai jam 5 petang hingga jam 2 pagi. Dan biasanya memang penuh lah kalau nak makan di Warung Kita ni, dari menu nasi Mmanggei, kelapa baldi pun dah beratur panjang, 




Jadi kalau ada yang mengidam nak makan colek-colek boleh lah cari di mana-mana gerai yang menjualnya. Setahun sekali je muncul di luar Pantai Timur ni,kan.

8 Comments

  1. Wah,berlimpah menunya yaa ...
    Kelihatannya semua menunya enak.
    Antrian juga panjang ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang enak-enak HS sajian di bulan Ramadan :)

      Delete
  2. Sedapnyaa kak Ana. Terliur tengok. Heheh.

    ReplyDelete
  3. wahh nampak sedap sgt tu, dah teringin lama ni.

    ReplyDelete
  4. sedap ni.. ritu duduk skejap kat Kuala Berang. makan kat kedai mesti order colek buah.

    ReplyDelete
  5. colek buah tu rojak buah kan SYM :)

    ReplyDelete