Pajeon kata Adik Ika, alaa bu macam pancake tu ada udang, letak daun bawang dan letak tepung. Makan dengan sos kicap manis. Budak kaki Korea macam Adik Ika ni, kan main excited nak try buat sendiri Pajeon ni. Ana pernah lah tonton dalam program Running Man dulu, depa-depa ni makan pajeon dan baru-baru ni tonton di rancangan masakan Astro pun ada lah tunjuk cara nak masak pajeon ni. Senang sangat aihh!! Meh, ana nak kongsikan dengan pembaca semua, khasnya anak-anak peminat K-pop kalau nak try buat sendiri pajeon di rumah.




Cara dan resepi Pajeon Pancake Korea




Bahan-bahan yang ana gunakan ialah tepung gandum ( resepi asli menggunakan tepung soya ), daun bawang dalam seikat lebih kurang, air, udang hidup yang dah dikupas bersih, air, bijan dan minyak. 

Cara nya mudah sangat lah kan, mula-mula potong daun bawang dalam panjang 3-5 cm ikutlah saiz korang nak masakkannya. Panaskan kuali letakkan sedikit minyak. Aturkan daun bawang sebaris dan gorengkan seketika. 




Adunkan 1/2 cawan tepung, sedikit minyak masak, gula dan garam campurkan sedikit demi sedikit air sehingga mendapat adunan batter yang tidak terlalu pekat atau cair. Dan tuangkan ke atas daun bawang di dalam kuali leper .





Taburkan isi udang di atas tepung apabila adunan sudah separuh masak dan teruskan menekan-nekan agar tepung dan daun bawang bersatu dan setelah garing boleh di terbalikkan perlahan-lahan. Kena ada skill juga lah nak pusingkan adunan ni kerana kalau tak berterabur daun bawang dengan tepungnya. Dah siap masak ke dua bahagian bolehlah di angkat ke dalam pinggan.




Nampak sedap kan, ana taburkan hirisan daun bawang dan bijan panggang di atasnya dan untuk sos pajeon ni pula bahannya adalah 2 sb kicap manis, 1 sk cuka, 1 sb gula atau madu, hirisan bawang merah, cili api dan bijan panggang. Satukan ke semua bahan di dalam mangkuk dan sedia untuk di cicah dengan pajeon. 




Inilah dia resepi mudah pajeon versi anajingga. Tapi kan... tapiii kann.. ana rasa kan.. pajeon ni macam cucur udang je sebenarnya hihi, cuma cicah dengan sambal kicap gitueww. Namun tak salah mencuba satu menu yang agak baharu pada generasi di usia ana ni, inilah dia Pajeon hasil tangan Adik Ika . Sedap juga tau !!

6 Comments