Setiap kali nak travel tak kira lah sama ada melancong dalam atau luar negara, atas urusan kerja atau sekadar balik kampung, pasti kita kita akan memerlukan sebuah beg yang sesuai untuk di bawa bersama, mengisi segala keperluan peribadi. Kadang-kadang bagasi besar pun tak mencukupi apatah lagi lazimnya dalam hal pergi satu beg tapi balik ber beg-beg jadinya, bak kata orang beranak pinak beg jadinya. Takkan nak angkut beg kosong banyak-banyak pasti makan ruang penyimpanan bonet kenderaan. Paling tak pun korang akan beli beg baharu bila beg asal dah tak muat kan.. 

Jap!! Korang tak perlu nak beli beg baharu lagi dah lepas ni, sebab ana nak kongsikan dengan kaki travel atau paling tak pun dah nak raya ni kan, beg yang sesuai nak bawa balik kampung halaman. Kalau student atau yang belum berkenderaan sendiri , ramai yang naik bas. korang kena ada suede foldable bag yang boleh menjimatkan ruang dan berbaloi memilikinya. Macam ana punya ni laa.. ana dapatkannya dari PTT Outdoor sahaja secara online, kerana ana yakin dengan kualiti dari PTT Outdoor ni. 





Suede Foldable Travel Bag dari PTT Outdoor


Nampak tak ana ada dua buah Suede Foldable Travel Bag PTT Outdoor ni , khas untuk nak balik raya dua minggu lagi, In Shaa Allah. Satu untuk Kak Long dan satu untuk Adik Ika. Kenapa mereka perlu ada travel bag yang boleh lipat-lipat macam ni, sebabnya kan.. biasa lah balik kampung berhari raya, selalunya kita bawa baju-baju dengan ber hanger di dalam kereta kerana dah siap di gosok. Esok bila dah pakai, nak bawa balik dah tentu tak ber hanger lagi kan, jadi dah siap hantar dobi kita isi lah dalam Suede Foldable Travel Bag PTT Outdoor ni, kan selesai masalah. Tak lah kena bawa beg kosong kerana bila di lipat saiznya menjadi kecil dan kompak. Comel pulak tu .




Suede Foldable Travel Bag PTT Outdoor ni terus transform jadi beg tau ia bukannya dua dalam satu. Bila korang buka sahaja zip di sekeliling nya ia akan berubah menjadi beg bersaiz besar. Haha!! Mesti korang ramai yang pandai buka je zip tapi nak gulung balik ke saiz kecil dah pening kan, alaa.. tak yah risau senang je, korang ikut sahaja step by step dan siapkan bertukar saiz semula dari besar ke kecil pula. 





Beg ini di buat dari material kain yang amat berkualiti dan jenis kalis air ( Water resistant ). Andai kata tertumpah cecair di atasnya, pakaian kita di dalam masih selamat. Jahitannya juga amat berkualiti dan tindihan dua kali ( Durable stitching ) pada setiap jahitan kerana itu di boleh menampung sehingga kapasiti 32L .




Korang juga boleh memilih dari 4 pilihan warna yang ada iaitu Blue, Dark Grey, Light Grey dan Orange. Ana punya tu pastilah Orange kan warna orange tu Jingga dan satu lagi Dark Grey. 







Haa!! Menarik kan.. Suede Foldable Travel Bag dari PTT Outdoor ni. Ermm.. yang dah jatuh hati dan nak beli untuk balik kampung Raya atau pun untuk travel mana-mana nanti boleh lah klik sahaja di SINI dan shopping online dan travel bag ni akan sampai di depan pintu rumah korang. 




Dan sempena perayaan Hari Raya Aidil Fitri 2018 ni, korang boleh dapatkanya pada tawaran harga yang amat berbaloi cuma RM 35 sahaja dengan penghantaran percuma (mengikut terma dan syarat). Khas buat pembaca blog www.anajingga.com, ana nak belanja lagi 5% diskaun dengan menggunakan kod ANA5OFF apabila melakukan pembelian. Masih sempat lagi untuk korang rebut peluang yang ada ni . Layari sahaja ke www.pttoutdoor.com untuk pelbagai lagi produk pengembaraan dan travel pilihan. 

8 Comments

  1. boleh tahan jugak beg ini,mesti kena milikinya,sebab senang nanti nak travel....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah PUDC, berbaloi-baloi memilikinya kan :)

      Delete
  2. Wahhh senang bila ada beg macam ni, boleh bawa pergi travel kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa nani,mudah untuk kaki travel kan :)

      Delete
  3. nak raya ni,kena beli beg macam ni,banyak yang nak dibawa balik kampung ni kak ana..

    ReplyDelete
  4. bag macam ni sangat membantu untuk those yg suka jalan. boleh jadi beg emergency jugak. senang lipat tak makan space..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la SYM, kak ana maksudkan buat beg spare kan :)

      Delete