BFF Raya 2018

Persahabatan kami terlalu lama tersemai, bayangkan dari usia 7 tahun, kali pertama melangkah kaki ke alam persekolahan di SK (P) Methodist atau lebih di kenali sebagai MGS, Teluk Intan. Kemudian ketika ke alam sekolah menengah, ana dan Nani ke HMSS , Ida dan Nie ke SMSP dan Convent. Kami terpisah oleh ruang jarak dan waktu buat seketika sehinggalah masing-masing ada hala kehidupan masing-masing. Namun 4 tahun lepas kami bersua semula dan kembali menjalin ukhuwah bersama rakan-rakan MGS yang lain. 

Namun kami berempat, ana, Ida, Nie dan Nani amat rapat antara satu sama lain. Kami adalah BFF , best friend forever.. In Shaa Allah. Banyak kisah yang kami lalui bersama dari dahulu hingga lah ke saat ini, pelbagai kisah suka duka sering kami kongsikan bersama atas nama persahabatan dan sebuah kepercayaan. Alhamdulillah.  Sebelum ini, kami bersama geng-geng MGS lain berkesempatan berhari raya bersama, namun tahun ni,mungkin atas kekangan masa dan komitmen, kami beraya berempat sahaja lah nampaknya.. Alhamdulillah.. best sangat, happening bangat !! Unik dan tersendiri cara kami beraya tahun ni. Jom ikuti coretan kami.. BFF beraya di Syawal 1439H 💖💖



1 Syawal , awal-awal Nani dah jemput kami ke rumahnya. Janji lepas solat Jumaat, dalam jam 3 petang Ida dan hero-heronya datang ke rumah ana nak konvoi bersama memandang kan ana tak pernah ke rumah Nani. Kami sampai terus di jemput Nani dan kakaknya, Kak Huda menjamu selera. Seronok dapat jumpa Kak Huda yang merupakan senior kami ketika di MGS dan HMSS. Kak Huda masih kenal ana, hehe maklumlah kami di HMSS dahulu tak ramai gegadis Melayu, memang limited edition laa katakan. 

Nani jamu nasi minyak ke nasi tomato..lupa lah pulak.. duk asyik makan sambil berborak throwback kisah-kisah lama dengan Kak Huda 😊😊 Ana datang bersama suami, Kak Long, Adik Ika dan Haris anak buah ana. Suami dan anak-anak serta hero-hero Ida, Hafiz dan Amin enak menjamu selera. Antara sajian yang Nani hidangkan ayam masak merah, udang sambal, kuah dal, acar timun dan buah tembikai. Alhamdulillah sedap semuanya.. kenyang sungguh aihh!! Sebab dari pagi tak jumpa nasi lagi.. duk bedal lemang dan rendang bagai.




Sebenarnya ketika itu kami tak cukup korum sebab Nie tak dapat join ke rumah Nani ni. Nie call ajak kami semua ke rumahnya pula selepas dari rumah Nani. Sekali lagi, kami konvoi ke rumah Nie pula. Kali ini Nani pula join. Sampai ke rumah Nie, ermm tu diaa... penuh meja makan dia kata ko!! Macam-macam menu Nie sediakan bersama anak-anak bujangnya. Hebat bff ana ni, super women sungguh tu, maklumlah Nie ni empat-empat anak lelaki. 

Bayangkan dari lontong, rendang daging, ketupat palas , sambal tumisnya, nasi impit dan macam-macam lagi penuh satu meja la katakan. Alhamdulillah sedap-sedap juadah air tangan Nie sekeluarga. Terima kasih Nie.. love you muahhhh!! Okay tamat kisah raya pertama kami berempat.



2 Syawal, Nie tak dapat join juga kali ni sebab balik kampung mertuanya di Taiping, kami kat Perak panggil Tepen jer 😊😊 Janji jam 11:30 Nani, Ida dan anak-anak Hafiz dan Amin sampai ke rumah ana. Ana sempat masakkan kari ayam bersama lemang, buah-buahan sahaja untuk sajian kami.. kira sarapan raya sahaja lah tu. Terima kasih sudi singgah ke rumah ana , Nani dan Ida.




3 Syawal, kali ini date ke rumah Ida pula. Awalnya Puva janji nak join tapi last minit Puva berada di Ipoh. Jadi kami sekali lagi lah gather-gather , masih tak cukup korum sebab kali ni tanpa Nani pula 😴😴 Nie sekeluarga dah sampai awal ke rumah, Ida. Ana lambat sikit sebab balik dari pasar pagi tu ke rumah mak saudara menyiapkan masakan untuk majlis tahlil lepas zohor nanti. Kelam kabut juga lah balik ke rumah bersiap, maklumlah dua anak gadis ana ni nak belit tudung pun setengah jam juga tuu. Terus meluru ke rumah Ida untuk makan tengahari.




Menu cik Ida kita tengahari tu,nasi planta, ayam masak merah, kuah kari dal, sayur kacang tumis dan acar timun. Sedap air tangan Ida, Alhamdulillah. pastu kami bedal kuih raya nya sambil borak-borak. Suami ana gelak je dengan keranah kami, katanya orangnya yang sama empat orang , cuma rumah je lain-lain, hihi 😀😀Kami melengkapkan pusingan kunjung balas gitueww!! Tapi best kan, pusing-pusing rumah the four of us, baru lah BFF kan. 




Finally , memandangkan Nie tak dapat joined raya ke dua hari tu ke rumah ana, Nie sekeluarg singgah juga selepas rumah Ida. Maaf sangat-sangat Nie , Abang Zul, Eim dan Rayyan, ana memang tak sempat nak masak apa-apa tengahari tu sebab nya ana ke rumah mak saudara untuk persiapan majlis tahlil selepas zohor nanti. Adik ipar ana, pula sedang masak kan menu tengahari untuk boss nya yang nak datang juga tengahari tu, kalau tak boleh juga goreng kan mee paling tidak pun. Tak cukup dapur. Sempat hidangkan rendang kepala sotong dan nasi impit sahaja bersama air dan kuih raya untuk Nie sekeluarga. Maaf sangat kay, In Shaa Allah, ada ruang dan peluang nanti ana masakkan untuk Nie dan BFF kay.

Inilah coretan kisah kami berempat berhari raya di Syawal 2018. Alhamdulillah dalam masing-masing sibuk dengan komitmen keluarga, masih sempat kami curi-curi masa untuk beraya bersama.  Terima kasih buat suami-suami dan anak-anak yang spotting habis ikut kerenah isteri dan ibu masing-masing ni kan.. bertabah lah yer haha!! Manisnya silaturrahim. In Shaa Allah, panjang umur jika diizinkanNya lagi kita bersama, kita akan terus BFF raya di lain lebaran.. Aamiin. Sayang korang till jannah - 💗💗
BFF Raya 2018 BFF Raya 2018 Reviewed by Ana Jingga on June 21, 2018 Rating: 5

3 comments:

  1. Selamat hari raya buat k.Ana dan BFF semua.
    Bestnya ada BFF ramai

    ReplyDelete
  2. Indahnya ukhwah..mesti macam2 throwback jadi topikkan

    ReplyDelete
  3. Semoga ikatan ukhwah kak ana dan kawan-kawan berkekalan hingga ke Jannah..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.