Dahulu kan sekitar tahun 1980-1990-an kami tak ada internet, jadinya para wanita yang rajin mencuba resepi-resepi baharu pasti ramai yang memiliki buku resepi tulisan tangan macam ana punya ni. Nostalgia sangat. Gigih lah menyalin resepi dari rancangan tv atau majalah jiran, salin dalam sebuah buku catatan. Penuh resepi dalamnya. Nak lagi kreatif kadang-kadang siap gunting dari surat khabar tampal kat buku resepi tu. Senang lain kali nak buat dah ada resepinya. 

Kelakar kadang-kadang tu tengah duk siang sayur alas surat khabar ternampak ada terbitan resepi, berhenti kejap pi cari gunting, gunting lah resepi tu nak tampal kat buku. Kalau dari rancangan masakan di tv, kena salin dulu laju-laju kat kertas, maklum lah kan, rancangan tv tu kejap je tunjuk resepinya. Pastu salin semula elok-elok dalam buku resepi. Inilah kisah kami dulu-dulu, once upon a time. 



Kalau ambil resepi dari sedara mara pun kami akan salin semula ke buku ni. Dan ketika ana di sekolah menengah dahulu pun mengikuti kelas aliran sains rumahtangga (SRT) memang wajib kena ada buku resepi. Nak lagi kreatif,kami selalunya bahagikan muka surat kepada beberapa kategori kemudian potong dia jadi macam bertangga di sudut tepi buku tu. Senanglah nak cari resepi ikut label kononnya. Contoh ada label kek, biskut, masakan, mee, pencuci mulut dan sebagainya. Ada yang rajin siap hias dan balut dengan plastik lagi muka hadapan yang selalunya hardcover book. 

Begitulah coretan kenangan kami, anak-anak 90-an yang belum kenal internet. Segalanya kami akan salin ke dalam coretan buku, termasuklah diari , wajib ada dulu-dulu tu, tempat mencurah perasaan kengkonon. Orang sekarang semua cari sahaja di internet, pasti jumpa kan, mudah sangat. Bab diari pula, conteng sahaja lah di wall FB, mencurah rasa. Cuma tak ada privasi lah kan dan hati-hati sahaja lah takut mengundang dosa media sosial berjemaah. Waallahu a'lam. 

12 Comments

  1. Miza sampai sekang ada buku resepi lagi. sebab kadang-kadang pergi rumah sedara dapat menu sedap salin terus dalam buku. nak tulis dalam henpon orang tua-tua cakap biadap sambil cakap dengan depa sambil main henpon. ( sebenarnya salin resepi ) huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kak ana ada gak ni Miza, resepi-resepi lama arwah mak-mak saudara bagi simpan sini, pastu bila dah try buat sekarang ni terbikan pula di blog senang bila nak cari, google je kan :)

      Delete
  2. Batul kak ana..SA pun dulu nampak mak ada buku resepi..sekarang mmg dah takde la..asal time raya je sure mak akan bukak buku resepi tu..dan yang kagumnya kuih dia buat menjadi je

    ReplyDelete
    Replies
    1. air tangan bonda kan SA , tapi SA pun hebat bab masakan tradisional ni, kagum kak ana :)

      Delete
  3. Replies
    1. AJ masih guna lagi WP, cuma dah tak menyalin nya lagi sahaja :)

      Delete
  4. Mak Mrs. A pun ada buku resepi sampai dah tukar color warna kuning ha..ha..ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. warisan tu Mrs A kena simpan elok-elok hehe :)

      Delete
  5. terbaek.. boleh jd rujukan anak2 nanti. hehe

    ReplyDelete
  6. wah... antik ni.
    skang mana ada yg catit dlm buku resepi hi hi hi hi...
    buku resepi mak aida, kakak sulung yg simpan.
    ari tu raya, kakak bwk balik.
    lupa plak nak snap gambo buku resepi antik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe jumpa nanti terbitkan di blog Aida buat coretan kenangan :)

      Delete