Drama Tergantung Rindu Lakonan Sulung Aniq Ceria Popstar

Drama Tergantung Rindu yang bakal menemui penonton pada hari Sabtu 9hb Jun 2018 jam 9 malam akan datang di channel Astro Citra dan Astro Mustika HD. Paling teruja ana nak menontonnya adalah kerana ini merupakan penglibatan pertama Aniq Iffat bintang Ceria Popstar dalam dunia lakonan. Wahh!! Makin hebat Aniq sekarang kan. Maju setapak lagi dalam dunia hiburan tanahair. Best tak lakonan Aniq dalam drama Tergantung Rindu ni? Menarik tak garapan cerita dalam drama Tergantung Rindu ni ? Sama-sama kita tunggu tayangannya nanti kay. 




Drama Tergantung Rindu 


Drama Tergantung Rindu membariskan pelakon-pelokon dari penyanyi remaja popular masa  kini seperti Haqiem Rusli, Tajul Arif, Wany Hasrita turut di bantu oleh pelakon-pelakon hebat tanahair antaranya Hasnul Rahmat, Zarul dan Haida dari GV. Penerbitan dari Arie Zahari di bawah arahan Zainor Hisyam ( Wak Dol ) 


Aniq Ceria Popstar


Aniq membawakan watak sebagai Andra abang kepada Irfan ( lakonan Kiki Ceria Popstar ) . Mereka merupakan dua adik beradik kepada Dr Badrol (Zarul GV ) dan mummy ( Haida GV )

Sinopsis drama Tergantung Rindu 


Andra dan Irfan dua adik beradik yang lahir dalam keluarga bahagia Mummy dan Daddy. Namun kebahagiaan bertukar kisah selepas mereka kehilangan kedua ibu bapa dalam satu kemalangan jalan raya. Mereka kemudian di jaga oleh bapa saudara mereka , Jaka. Namun, Jaka seorang yang tidak bertanggung-jawab sehingga kan kedua beradik ini kehilangan kesemua harta peninggalan kedua ibubapa mereka dan hidup menderita. Sama-sama kita tonton drama yang penuh emosi ini di tayangannya nanti , kay.. Takkan nak cerita semua kat sini, tak best lah kan.. Jadi jangan lupa tarikh tayangannya pada 9hb Jun 2018, jam 9 malam di Astro Mustika HD dan Astro Citra.

Sambil itu, ana nak belanja peminat-peminat Aniq Ceria Popstar beberapa keping gambar-gambar disebalik tabir ( behind the scene ) drama Tergantung Rindu, kiriman bonda Aniq sendiri Cikgu Jijun.









































Atau tonton video di sebalik tabir Telemovie Tergantung Rindu di channel Youtube di bawah ni. Dan kalau korang peminat setia Aniq jangan lupa Subscribe terus channel Aniq Ceriapopstar dan ikuti perkembangan Aniq dari sana 💕💕



Drama Tergantung Rindu Lakonan Sulung Aniq Ceria Popstar Drama Tergantung Rindu Lakonan Sulung Aniq Ceria Popstar Reviewed by Ana Jingga on June 06, 2018 Rating: 5

3 comments:

  1. Haqiem Rusli pun adelaaa sekali..

    ReplyDelete
  2. aida ada tgk program yg temuramah Aniq.
    pastu dok fikir, anak buah sape ye Aniq ni?
    AJ la...
    moga karier lakonan Aniq sukses ye.
    jadi pelakon yg berwibawa.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.