Syawal tahun ini antara Syawal yang terindah dalam perjalanan kehidupan ana, syukur Alhamdulillah. Walaupun mak dan abah tak berapa sihat beberapa bulan sebelum Ramadan, pagi Syawal mereka masih sihat untuk sama-sama meraikan kemenangan umat Islam berkesempatan untuk kami anak cucu mereka memohon keampunan dan kemaafan. Seronok juga dapat beraya bersama sanak-saudara jauh dan dekat dan uniknya raya kami empat orang sahabat baik atau BFF bergilir-gilir beraya sesama keluarga ke rumah masing-masing. Dan yang lebih istimewa juga, ana menerima hadiah kasih sayang dari salah seorang BFF iaitu Ida Megat. Sayang ko, Ida 💕💕




Sepasang telekung Siti Khadijah berwarna pink belacan yang Ida berikan pada 1 Syawal 1439H. Cantik sangat, selesa di pakai dan ana akan sentiasa memakainya untuk solat , In Shaa Allah. Untukmu sahabat, dirimu sentiasa di dalam doa dan ingatan ku. Semoga dirimu kekal tabah dalam mengharungi setiap ujian yang bertandang dan percayalah Allah swt menguji hambaNya kerana Dia tahu dirimu mampu. Semoga persahabatan dan kasih sayang kita juga sentiasa dalam keberkatanNya berkekalan hingga ke syurgaNya. 

4 Comments

  1. Alhamdulillah.. Semoga ukhwah kak ana dan sahabat berkekalan hingga ke Jannah.. Aamiin..

    ReplyDelete