Alhamdulillah... diizinkanNya sekali lagi merayakan fajar 1 Syawal pada tahun ini 1439H. Sebulan menjalani ibadah puasa,semoga setiap amalan kami di terima Allah swt dan di berikan ganjaran pahala buat saham akhirat. Tibanya fajar 1 Syawal 1439H bersamaan 15hb Jun 2018, kami sambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhaan. Ana hanya berpeluang balik ke kampung halaman, desa tercinta, Teluk Intan menjelang waktu iftar di akhir Ramadan kerana suami masih perlu bekerja hari Khamis tu. Hati ini tak keruan sangat memikirkan mak dan abah yang tak berapa sihat membuat persiapan raya, Alhamdulillah.. adik dan adik ipar ana, Lan dan Jue serta Haris anak buah yang membuat semua persiapan hinggalah masak memasak. Terima kasih Lan, Jue dan Haris..



Pagi Syawal, macam biasa kami ke Masjid At-Taqwa, Kampung Padang Tembak menunaikan solat sunat Aidil Fitri. Balik ke rumah sessi bermaaf-maafan seisi keluarga dan kemudian kami ke rumah arwah Tok, beraya bersama wancu, wan dan sepupu yang lain. Memang meriah dan gegak gempita bila semua berkesempatan berkumpul dan bergambar raya. Indahnya Syawal di desa.. Masyaa Allah..




Sebelum adik membeli rumah di taman perumahan yang hanya di kawasan hadapan rumah arwah tok ni, ana sekeluarga tinggal dan membesar di rumah pusaka inilah. Kerana itu kemeriahan hanya terasa bila kami kembali berkumpul di sini. Jarak pun tak jauh mana, jalan kaki pun sampai.. Kini tinggal wan dan wancu ibu saudara ana, dan bersebelahan rumah arwah tok ni pula rumah ibu-ibu saudara kami.




Selepas bersalaman dan bermaafan, kami pun sessi bergambar sekeluarga. Bila ada anak-anak kecil ,macam-macam kerenah dan aksi terakam sebagai kenang-kenangan. Alhamdulillah, semoga ukhuwah dan kasih sayang kami sekeluarga akan kekal hingga ke syurga, Aamiin.









Lima hari berada di Teluk Intan beraya bersama sanak saudara, berkunjung ke rumah sepupu di Batu 7 Kampung Changkat Jong, rumah ibu dan bapa saudara di Kampung Selabak Luar , Karentina, Kampung Gajah, Sungai Manik dan kemudian ke Pengkalan Pegoh, Ipoh dan Simpang Pulai serta ke Bota.









Tak kurang juga kunjungan ke rumah oleh saudara mara jauh dan dekat, Tok Ya sekeluarga, Kak Laili sekeluarga, Pak Uda & Mak Uda sekeluaga, Acu dan Acik Ali sekeluarga, Nyah dan Kak Ani sekeluarga dan ramai lagi, terima kasih atas ingatan dan kasih sayang. Paling best ana dan BFF beraya berempat pusing rumah masing-masing.. nanti ana sambung kisahnya di sebuah entri khas buat my lovely pretty BFF.. Indahnya Syawal 1439H di desa kelahiran, Teluk Intan,, Darul Ridzuan.



4 Comments

  1. bestnyaa Kak Ana.. rumah kampung klasik lagi. dulu ade jugak rumah gitu sekarang da roboh buat baru xde daaa rumah klasik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah pusaka peninggalan arwah tok dan opah kak ana , Ct . Alhamdulillah masih boleh di huni anak cucu cicitnya untuk beraya :)

      Delete
  2. Meriahnya raya bila kita saling kunjung mengunjungi dan berkumpul bersama sanak saudara kan kak ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Sha,inilah keindahan Syawal pada kak ana setiap tahun :)

      Delete