Masih bercerita dalam mood raya lagi ni.. mana tak nya kita raya kan sebulan, dan terlalu banyak coretan nak di kongsikan sebagai kenang-kenangan Aidil Fitri 2018. Kali ini ana nak berkisah tentang beberapa kuih raya tradisional lama yang kian lama kian di lupakan. Malahan ada di kalangan anak-anak muda sekarang dah tak mengenalinya. Alhamdulillah, kesempatan beraya di beberapa buah rumah sepanjang seminggu di Teluk Intan hingga lah ke Bota, Simpang Pulai dan Ipoh , ana terjumpa beberapa kuih raya tradisional zaman kami kanak-kanak dahulu masih di hidangkan di meja-meja makan. Antaranya : 




Halwa agar-agar kering 

Agar-agar kering atau sesetengah daerah panggil halwa agar-agar. Ini memang dah kian pupus. Pertamanya mungkin kerana dah tak ramai menggemarinya kerana kemanisan rasa kuih raya ini. Proses pembuatannya juga mengambil masa yang lama. Agar-agar di masak bersama gula batu hingga keras dan perlu di potong dan di jemur di panas matahari hingga gulanya keras pada setiap potongan. Rasanya ya amat manis. Biasanya arwah mak saudara ana, We Tijah yang suka buat halwa agar-agar ni,kini kami tidak lagi membuatnya dan tinggal kenangan silam sahaja untuk di kenangi.




Kuih Makmur atau Biskut Arab

Antara biskut raya kesukaan ana, dan sangat senang nak membuatnya. Tepung bersama minyak sapi (Gee) yang di panaskan di gaul kemudian letakkan inti kacang tumbuk bergula di tengah-tengahnya. Bakar seketika dah siap. Kalau dahulu rajin sangat buat biskut makmur atau biskut Arab ni di kampung sebagai juadah hidangan untuk Hari Raya.



Biskut Yoyo


Kami panggil ni biskut yoyo jer dahulu, bahan pun basic sangat tepung, planta dan gula kalau tak silap ana. Resepi dari arwah We Tijah juga ni, bulat-bulatkan adunan, penyet kan dan tekan dengan garfu untuk kesan lorekan padan biskut dan di bakar. Kalau dahulu kami cantumkan dua dengan jem di tengahnya sebab tu dah rupa mainan yoyo, dan di namakan biskut yoyo 😊😊



Kuih Bahulu

Kuih bahulu ni terlalu banyak nostalgianya pada ana sekeluarga. Kuih wajib yang akan di sediakan oleh arwah ibu saudara ana, Wan Esah di kampung dahulu. Cara penyediaannya ketika itu dengan memukul adunan telur secara manual sehingga kembang. Ada satu alatan spring besar di pukul pada telur ayam di dalam pasu tembikar. Kemudian arwah Wan akan membakarnya secara tradisional di atas dapur kayu beralas tin minyak yang dipotong menggantikan oven. Waktu tu kami tak ada oven elektrik jadi menggunakan kaedah lama membakar nya dengan sabut kelapa. Nostlagia sungguh dan satu proses yang amat memenatkan di bulan puasa. Namun kegigihan Wan untuk menyiapkan juga juadah ini akan kekal jadi kenangan terindah kami di Aidil Fitri.




Kuih Bakar & Kuih Bakar Kacang

Sama seperti kisah bahulu,kuih bakar juga sajian Hari Raya tradisional yang penuh nostlagianya. Kuih bakar putih di buat dari tepung dan kuih bakar kacang pula dari tepung kacang hijau.Prosesnya penyediaannya juga agak remeh ketika itu berbanding sekarang kerana waktu dahulu tiada mesin untuk mengisar kacang hijau untuk di jadikan tepung, maka nak tak nak kacang hijau yang di goreng tanpa minyak di tumbuk lumat dengan lesung kemudian baharulah di adun menjadi adunan, di terap dan di bakar. Sekarang ni semua pun dah siap sedia cuma di bancuh kan sahaja adunannya dan di bakar. Alhamdulillah. Lebih kurang pembuatan kuih putu kacang juga cuma putu kacang tidak di bakar sebaliknya hanya di jemur bawah terik matahari.




Kuih tiram atau lidah buaya

Kuih tiram ni lebih kepada jenis kerepek dan sehingga ke hari ini kerepek-kerepek ni masih menjadi pilihan orang ramai. Antara yang masih popular di musim raya ni seperti tempeyek ikan bilis, tumpi kacang dal, muruku dan sebagainya. Gorengan rangup memang sedap sebagai kudapan bila bertandang ke rumah sahabat dan saudara mara. 

Banyak lagi sebenarnya kuih-kuih tradisional raya yang ada dan yang telah pupus. Tahun ini misalnya, ana tak berpeluang makan dodol dan wajik. Dah tak ada yang menyajikannya. Dodol ni memang kesukaan ana tapi proses pembuatannya amatlah mencabar. Keseronokan mengacau dodol ni ketika masih cair, ramai lah yang bergilir mengacau, bila dah mula pekat melekat seorang demi seorang menghilang, akhirnya tinggallah arwah bapa saudara ana, Cik Samsudin yang menghabiskannya. 

Bila usia kian meninggi ni, banyak perkara yang telah tinggal kenangan semata. Aidil Fitri bagaikan detik untuk kembali mengimbas kenangan zaman kanak-kanak dan remaja yang telah lama di tinggalkan. Raya dahulu tak sama dengan raya zaman sekarang namun matlamatnya sama, meraikan kemenangan setelah berjaya menghabiskan ibadah puasa sepanjang Ramadan. Kemuncak raya adalah ketika kita bersama-sama bertakbir dan menunaikan solat sunat Aidil Fitri di masjid. Alhamdulillah di atas kesempatan yang diizinkanNya hingga ke hari ini. Apakah kita masih berpeluang untuk meraikannya di tahun 1440H.. Waallahu a'lam... 

14 Comments

  1. Sha tak jumpa lagi biskut makmur yang sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kena dengan selera baru sedap kuih makmur ni kan Sha :)

      Delete
  2. sdapnya halwa agar2 tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan NN, menu lama ni , tapi ana tak leh makan manis2 sangat ni, selera pada yang manis dah kian berkurangan :)

      Delete
  3. Pengin nyobain rasa biskuit arab seperti apa rasanya.
    Dikotaku kue ini ngga ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sedap HS, macam mana nak cerita ye :)

      Delete
  4. Alhamdulillah semua di atas masih dapat jimpa lagi raya kali ne. walaupun rasanya dah kureng sikit faktor bahan mentah mahal

    ReplyDelete
  5. biskut makmur, bahulu & kuih tiram = kuih wajib tiap tahun bagi aida.
    so far, still available. mak mertua kalau balik rumah dia tanpa belikan bahulu, hmmmmm sedih la dia.
    dia makan sorang aje. cicah kopi panas :)
    just halwa agar2 kering tu aje yg rare bagi aida. jrg jumpa dah kan.
    resepi tu kena viral kan lah. baru ramai jumpa resepi and try.
    kembali ada la kuih tu in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betultu aida, bahulu memang sedap bila dah hujung2 raya cicah kopi o:)

      Delete
  6. raya hari tu dah jumpa beberapa jenis kuih raya seperti di atas. kuih tiram tu kalau dapat asik mengunyah j..

    ReplyDelete
  7. skang ni mcm2 jenis kuih raya baru.. :)

    ReplyDelete