Resepi Masakan Nyonya Peranakan - Perut Ikan

Jangan panik ! Namanya sahaja perut ikan, menu masakan nyonya peranakan Penang ini tidak mengandungi sebarang isi  perut ikan pun, hehe 😁😁 Ini merupakan sajian yang di masak oleh mak ana dan menjadi kesukaan kami sekeluarga di kampung, Teluk Intan. Kalau mak masak kan masakan perut ikan ni, berebut saudara mara bawa mangkuk dan menghirup makanan ni. Lama dah mak tak masakkan menu istimewa ni kerana bahan-bahan dalam resepi ni banyak dan ada yang payah nak di jumpai. 

Raya ke dua yang lepas, mak masakkan ana seperiuk masakan perut ikan. Ini kerana sebelum ini, ana ada bercerita pada mak, teringin nak makan perut ikan. Adik ana, Lan ke pasar membeli persiapan masakan raya, belikan sekali bahan-bahan masak perut ikan dan Alhamdulillah.. tersaji juga untuk kami sekeluarga menu sedap ni. Kalau yang tak pernah makan, mungkin takut atau was-was nak makan bila mendengar namanya perut ikan. Siapa nak makan isi perut ikan kan, tapi percayalah mak menggunakan isi ikan kembung sahaja di dalam menu ini. Tak percaya meh tengok sendiri bahan-bahan dalam resepi masakan perut ikan yang ana ambil dari mak untuk rujukan ana di masa hadapan nanti. In shaa Allah.


Bahan perut ikan sebelum di masak


Resepi masakan nyonya peranakan Perut Ikan



Bahan-bahan:
Ikan kembung ( bersihkan dan rebus, perisikan isi ikannya sahaja sama seperti proses membuat kuah laksa )
Isi udang hidup
Terung panjang ( di potong dalam 4cm panjang dan sederhana tebal )
Nanas ( di hiris )
Kacang panjang ( di potong panjang 4 cm lebih kurang )
Cili merah ( di buang biji dan di hiris panjang )
Ulaman seperti : ( semua di hiris halus )
Daun kaduk 
Daun kesum
Bunga kantan
Daun limau purut
Serai ( di ketuk sahaja )
Bahan pes : ( di tumbuk lumat atau blend )
Cili kering
Bawang merah
Kunyit hidup
Belacan 
Air asam jawa secukupnya untuk di jadikan kuah
Bahan perisa garam dan gula


Masakan perut ikan yang telah siap di masak

Cara masak masakan perut ikan

Menurut mak ana, masakan perut ikan ini sama kaedahnya masak asam rebus atau singgang sahaja. Cuma aroma dan keunikan rasa dari ulaman seperti daun kaduk, daun limau purut dan bunga kantan serta rasa isi ikan dan udang di tambah pula dengan masam manis nanas dan air asam yang membangkitkan satu rasa keunikan menu ini. Bagi yang tak mengenali daun kaduk ni ia adalah bahan utama daun yang di gunakan untuk membuat miang kham menu Thai yang menyerupai daun sirih . 

Kesemu bahan termasuk pes, udang, isi ikan, sayuran dan ulaman di satukan di dalam periuk. Masukkan perahan air asam jawa sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kuahnya. Didihkan di atas api perlahan sehingga masak dan rasakan dengan gula dan garam. Siap untuk di hirup. Menu masakan ni rasanya masam manis dan pedas yang sebati. BFF ana , Ida yang mencubanya buat kali pertama turut menyukai kesedapan rasanya kerana Ida penggemar masakan rebus seperti ini. In Shaa Allah ana simpan kan resepi mak di sini dan mana tahu ada ruang dan peluang nanti ana nak mencubanya sendiri. 
Resepi Masakan Nyonya Peranakan - Perut Ikan Resepi Masakan Nyonya Peranakan - Perut Ikan Reviewed by Ana Jingga on June 18, 2018 Rating: 5

8 comments:

  1. nampak macam kuah asam laksa nyonya tu kan...mesti sedap..masa baca tajuk pun terkedu jap..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu la CT masa raya hari tu bila tanya orang macam tanjatt je nama masakan ni :) takut depa nak makan haha :)

      Delete
  2. igtkan btl2 guna prut ikan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak ada lah nak makan perut ikan kan :)

      Delete
  3. mesti sebab masukkan macam-macam bahan tu yang panggil perut ikan kot kak ana.. kalau tengok rupa macam Sha leh masuk nehh.. agak2 rasa macam mana yeaa..buat nanti nak tahu macam mana erkk,,,hihiihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah pelbagai dalam ramuannya kan Sha, rasanya masam manis pedas ala-ala asam rebus tu Sha :)

      Delete
  4. hi hi ingat kan masak dgn perut ikan :)
    gabungan semua bahan ohsem tu kot kan, seolah-olah mcm dlm perut ikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya la Aida ,kompom tak ada perut ikan dalam nya :)

      Delete

Powered by Blogger.