Pertama kali ana nak bercerita kisah kampung sebelah suami iaitu di Kampung Jerangsang, Benta, Kuala Lipis , Pahang. Selepas ketiadaan kedua mertua ana, kami tidak lagi pulang beraya di sini dan ana akan balik beraya ke Teluk Intan memandangkan kedua mak dan abah ana masih ada di sana. Rumah tinggalan kedua mertua pun di jagai oleh adik ipar ana, Fiza dan lazimnya dia pun akan balik ke kampung mertuanya di Negeri Sembilan. Yang ada cuma abang ipar dan dua kakak ipar ana beraya bersama keluarga masing-masing. Namun kami tetap akan balik ke Kuala Lipis ni seminggu selepas hari raya untuk ziarah adik beradik suami dan ke pusara arwah mertua keduanya. 


Kalau dahulu, ketika arwah mertua masih ada, setiap tahun kami akan gilir beraya sama ada ke Teluk Intan atau Kuala Lipis. Begitulah kalau di takdirkan jodoh antara dua negeri kan, jauh-jauh pula tu. Apapun ia satu memori yang indah yang mewarnai perjalanan bahtera perkahwinan kami. Tahun 2018 ni, kami balik ke Benta pada Syawal ke 8. Suasana di sini berlainan sekali sambutan Aidil Fitrinya berbanding di Teluk Intan mahupun di KL yang mana lepas raya pertama dah habis dah sambutannya dan kemeriahannya. Mungkin saudara mara tak ramai disini menjadi faktor utama.




Kampung Jerangsang, Benta

Kami sampai dah tengahari juga terus ke tanah perkuburan menziarahi pusara arwah ayah dan mok mertua ana. Arwah ayah mertua meninggal dunia pada tahun 2009 kalau tak silap ana dan pada tahun 2013 pula arwah mok mertua bertemu Sang Penciptanya. Kekal jodoh mereka berdua hingga ke akhir hayat dan mereka pasangan yang sangat baik ketika hayatnya, saling menerima dan menyayangi antara satu sama lain. Semoga kami berdua juga akan kekal bahagia hingga ke hujung nyawa seperti mok dan ayah dan moga di ampunkanNya segala dosa dan di tempatkan keduanya disisi hamba-hambaMu yang beramal soleh, Aamiin.



Balik dari tanah perkuburan kami ke rumah kakak ipar nombor 4, kak Salmah seketika. Suami ana terdiri dari 6 orang adik beradik dan dia yang kelima. Berbual-bual sambil minum teh dan kuih siput , masa nak balik tu, kak Salmah ajak kait buah kundang yang banyak masak di pokok. Kali pertama ana kait buah kundang ni, sebelum ni tak tahu pun pokok tu pokok kundang haha. Seronok juga mengaitnya dengan suami, senang nak jatuh, goyang dahannya dengan galah gugurlah buah yang masak ranum bertaburan. Kak Salmah juga bekalkan ana dengan asam keping yang siap di jemurnya. Kak Salmah potong dan jemur sendiri buah asam keping ni dan di jual dengan harga RM25 sekila, mahal juga kan harga asam keping atau asam gelugor ni. 




Sampai ke rumah peninggalan arwah mertua, adik ipar ana masakkan makanan tengahari. Rezeki kami tengahari tu makan gulai tempoyak ikan patin dari Temerloh. Wahh!! Selera sungguh laa kan, anak-anak ana pun peminat patin tempoyak Temerloh. Alhamdulillah... makan pula dengan sambal bilis ermm.. memang laju lah selera orang kampung macam ana ni. Terima kasih makdik dan Zali.
 



Sebelum balik petang tu, kami ke rumah abang ipar ana yang nombor dua, sebelah rumah arwah ayah ni jer pun haha 😉😉 Lepas minum petang dan makan kuih raya, macam-macam khazanah abang ipar ana bagi untuk bawa balik dari hasil kebunnya. Siap pisang nangka, pisang abu, serai, cili api,kelapa muda pun ada, dan yang paling best dapat petai jeruk. Teringat dulu, kalau balik Benta, selalunya arwah mok mertua ana pasti akan bekalkan petai jeruk untuk kami. Anak-anak minat sangat makan petai jeruk arwah nenek depa. Kali ni air tangan biras ana, Mok su pula yang selalu bekalkan petai jeruk untuk kami. 


Last sekali singgah rumah kakak ipar ana nombor tiga, kak Timah sekejap dan kami terus balik ke rumah. Serius dah seminggu lepas raya pun lebuhraya Karak masih jem di tol Gombak hampir 10 km. Ramai sungguh orang Pantai Timur yang tak habis balik beraya lagi rupanya. 

Apapun, terima kasih buat semua ipar duai dan biras-biras ana atas masakan dan bekalan buah tangan dari kampung. Walaupun suasana hari raya dah tiada terasa lagi, namun kunjungan kami hanya untuk mengeratkan silaturrahim kekeluargaan. In Shaa Allah ada kelapangan kami akan balik lagi ke Kampung Jerangsang. Inilah hasil tuaian kami bawa balik ke rumah.. Rezeki sangat kan.


6 Comments

  1. al-fatihah kpd parents mertua AJ.
    iye la. ibubapa tiada, adik-beradik la penggantinya kan.
    ikan patin tempoyak. best nyer. original temerloh!
    esok in shaa Allah aida nak buat masak tempoyak ikan kembung.
    first try maybe.
    petai jeruk tu aida biasa beli dari famili mertua adik.
    agak mahal dijualnya. now, adik dah tak nak belikan lagi.
    tapi sedap! ada skit lagi baki dlm fridge.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menu menu dari Pahang pula kali ni Aida :)

      Delete
  2. best beraya di kampung :)

    ReplyDelete