Balik kampung Kuala Lipis hari tu, adik ipar ana bekalkan sebiji buah cempedak. Banyak isinya dapatlah sebekas besar. Cempedak selain di makan sendiri, goreng sahaja lah menu yang dapat di warnai. Adik Ika pula minat sangat makan cempedak goreng. Lepas beberapa hari, ana gorengkannya. Goreng cempedak semua orang tahu kan, cuma apa yang ana nak kongsikan disini ialah petua dari arwah ibu saudara Wan Esah. 




Petua goreng cempedak rangup 


Untuk dapatkan tepung gorengan cempedak atau pisang atau keladi dan apa-apa lah yang nak di goreng, ketika membancuh tepung atau pun istilah nya batter , campurkan tepung, air dan garam dan masukkan sedikit minyak masak ke dalam adunan tepung. Kemudian salutkan bahan gorengan korang dan goreng dalam minyak yang panas dan biarkan bahan tenggelam. Angkat dan tos kan. In Shaa Allah, gorengan akan menjadi garing dan rangup tepungnya. Cuba lah ye 👌👌

4 Comments

  1. Heheeee pagi tadi pun ibu Najihah goreng cempedak...sedap kan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi NN pepagi dah makan goreng cempedak hehe :)

      Delete
  2. Sedapnya cempedak goreng favorite Mrs. A ni.
    Kat kampung Mrs. A ada gak cempedak sedang banyak buahnya tapi tulah tak berkesempatan nak balik kampung huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila musim cempedak baru dapat makan puas-puas kan Mrs A :)

      Delete