Memiliki kulit wajah yang segar dan bermaya adalah impian setiap wanita dan gadis di seluruh dunia. Memilih produk penjagaan wajah yang benar-benar sesuai dengan keperluan dan keserasian jenis kulit juga amat penting untuk mendapatkan hasil yang di idamkan. Dan paling utama, ia adalah produk yang selamat khasnya di formulasi kan dari bahan alam semulajadi. 





Althea, gedung beli belah online pelbagai produk kecantikan K-Beauty terus dari Korea kini menampilkan dua variasi terkini Skin Detoxer dalam bentuk facial mask iaitu Real Fresh Skin Detoxer Rose - Refining dan Real Fresh Skin Detoxer Green Tea - Purifying. Ana sendiri tak sabar nak berkongsi dengan korang jelitawan semua akan keunikan dan keistimewaan dua facial mask yang di gunakan oleh Kak Long dan Adik Ika masa kini. 




Althea Real Fresh Skin Detoxer


Berkolaborasi dengan rancangan TV Korea ; Get It Beauty! Pastikan korang mencuba sendiri produk yang dikenali sebagai Althea X Get It Beauty ini di pasaran sekarang dengan singgah sendiri ke www.althea.kr . Dapatkan dua rangkaian penjagaan kebersihan dan kesegaran wajah Real Fresh Skin Detoxer ini dengan tawaran harga yang sangat menarik dan pelbagai hadiah dan diskaun untuk sambutan Althea Turns 3. Ermm... diam tak diam dah 3 tahun wanita seluruh dunia memperolehi pelbagai rangkaian produk kecantikan dan penjagaan wajah dari Althea. Hebat kan... Tahniah Althea.


Jom ana ceritakan serba sedikit mengenai Althea Real Fresh Skin Detoxer baharu ini. 

Althea Real Fresh Skin Detoxer - Rose (Refining)


www.anajingga.com


Merupakan formulasi detox untuk membersihkan wajah di waktu pagi dengan kesegaran haruman kelopak bunga May rose yang di petik sekali setahun dari Grasse, Selatan Perancis. Bila kita menggunakannya di waktu pagi, ia bagaikan detox untuk kulit wajah kembali lembut, berseri dan bercahaya ( glowing ). Ana suka haruman rose yang asli nya serta butiran halus pada facial mask yang membuang sisa kotaran pada wajah kita. 

Dan yang paling best, hanya memerlukan 10 saat sahaja facial mask ini perlu di bersihkan. Ia pantas membersih dan menyegarkan wajah di waktu pagi sebelum kita memulakan aktiviti yang panjang seharian di luar rumah. 




Althea Real Fresh Skin Detoxer - Green Tea 




Khasiat kebaikan dari ekstrak Green Tea dari Jeju Island Plantation, Korea, memgembalikan semula kesegaran wajah selepas seharian berada di luar rumah. Gunakan facial mask  Althea Real Fresh Skin Detoxer - Green Tea di waktu malam sebelum tidur dengan hanya 10 saat dan bangun pagi keesokannya kita akan berasa segar dan lembut pada kulit wajah, 

Bagaimana cara menggunakan Facial Mask Althea Real Fresh Skin Detoxer ?

1. Bersihkan terlebih dahulu wajah . Keringkan wajah terlebih dahulu kay.

2. Picit pada tangan Althea Real Fresh Skin Detoxer dan ratakan pada wajah.

3. Biarkan selama 10 saat.

4. Basahkan tapak tangan dan urutkan pada wajah sambil membersihkan facial mask. Apabila air dari tangan bersatu dengan facial mask ia akan memberikan buih pembersih yang banyak di wajah. 

5. Bilas bersih dan gunakanlah skincare yang menjadi rutin kegunaan harian korang semua. 

Tips untuk mempastikan korang peka dengan kesegaran produk ini ialah, selepas membuka pek untuk penggunaannya, rekodkan pada produk tarikh bila ia mula di gunakan. Ini supaya kita peka pada jangka masa penggunaannya nanti.

Mudahkan dengan hanya 10 saat memberikan hasil sentuhan yang lembut, segar dan glowing pada wajah. Penjagaan wajah yang sempurna dari pagi hingga ke malam hari yang pasti hebat. Jangan lupa dapatkan produk yang awesome ini hanya dengan melayari ke :



~ Review di atas adalah dari kesan dan pengalaman penggunaan produk Althea Real Fresh Skin Detoxer Adik Ika dan Kak Long selama dua minggu. Kesan mungkin berbeza kepada lain individu kerana jenis kulit dan keserasian yang berbeza.~ 


2 Comments