Cara Menerima Sijil MUET Melalui Pos Dari Kolej Matrikulasi
Apa yang bakal ana kongsikan di sini adalah kaedah atau cara mengambil atau menerima Sijil MUET ( Malaysian University English Test ) secara pos dari Kolej Matrikulasi Perak. Untuk Kolej Matrikulasi lain ana tak pasti adakah cara dan kaedahnya adalah sama. Ini kerana, anak ana, Adik Ika menduduki peperiksaan MUET pada sem kedua, tahun pengajiannya . Bermakna, selepas tamat pengajian selama setahun baharulah sijil MUET nya di keluarkan dan berada di simpanan Kolej Matrikulasi sedangkan Adik Ika telah pun berada di rumah, di Selangor.
Bukan mudah juga untuk mengambilnya secara by-hand kerana memerlukan kos juga untuk kami ke Gopeng sekadar untuk mengambil sekeping sijil sahaja. Oleh itu, ana menyuruh Adik Ika menghubungi telefon pihak kolej dan bertanya kaedah untuk mendapatkan sijil melalui pos sahaja. Dan Alhamdulillah, melalui langkah yang kami lakukan, sijil tersebut telah selamat sampai ke tangan kami dengan selamat.
Cara Menerima Sijil MUET Melalui Pos Dari Kolej Matrikulasi
Ana menggunakan pos biasa sahaja, dan boleh juga menggunakan Pos Express jika mahu. Caranya ialah beli dua keping sampul surat bersaiz A4. Satu tuliskan alamat Kolej Matrikulasi dan lekatkan setem RM1.20. Sekeping lagi sampul, tuliskan alamat sendiri dan di bahagian hujung sampul tuliskan perkataan MUET dan kepilkan bersama nota kecil nama penuh dan nombor matrik. Masukkan sampul beralamat sendiri ini dan juga bersetem RM1.20 ke dalam sampul yang beralamat Kolej Matrikulasi dan gam. Poskan.
Dalam masa enam hari, kami menerima semula sampul beralamat sendiri tadi di peti pos dan di dalamnya terdapat sijil asal MUET Adik Ika dengan selamat. Alhamdulillah. Kalau masih belum menerima, korang rajin-rajinlah hubungi pihak kolej dan bertanyakan status penghantaran kerana mereka ada rekod. Adik Ika juga menghubungi pihak kolej sebelumnya untuk bertanya dan di beritahu telah di poskan. Jika menggunakan pos biasa mungkin mengambil masa yang agak lama juga untuk kita terima semula. Boleh juga gunakan pos ekspress kan.. dengan kaedah yang sama, In Shaa Allah.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anak-anak di luar sana. Cuma ana tidak pasti sama ada kaedah ini sama untuk mana-mana Kolej Matrikulasi atau instiitusi pengajian lain. Apa yang perlu, anak-anak hubungi lah pihak pentadbiran kolej untuk keterangan lanjut,kay.
2 Comments
perkongsian yang baik moga memberi manfaat kepada yang mencari solusinya
ReplyDeleteahaha. wahh akak belum amek gi sijil matrik yang dah berpuluh taun tu :D
ReplyDelete