Teppanyaki, salah satu menu dari negara Jepun yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia masa kini kan. Sedap juga sesekali bila kita tukar-tukar selera ni. Selalunya teppanyaki ni di hidangkan secara bento di kebanyakan food court dan juga restoran-restoran makanan Jepun. Anak-anak ana suka sangat order untuk makan. Pagi tu, Adik Ika bagitau dia nak cuba masak sendiri teppanyaki di rumah, Dah jumpa resepi katanya. Ana biarkan sahaja lah Adik dan Kak Long berketung ketang kat dapur, tapi kena guide juga budak berdua ni, sebabnya kadang-kadang bahan-bahan resepi ni boleh kita ikut dari internet, cuma teknik tu kena betul. 

Contohnya untuk masak ayam teppanyaki ni yang menggunakan taugeh, ana dah bagi tahu awal-awal, lepas masak semua bahan lain, last sekali baru masukkan taugeh dan terus matikan api. Baharu lah taugeh tak lebik dan rangup. Jom kita lihat resepi ayam teppanyaki hasil tangan Adik Ika dan Kak Long dari resepi asal Majalah RASA online yang kami olah sendiri dengan bahan yang ada.




Resepi Ayam Teppanyaki 



Isi ayam di dadu atau potong kecil
Taugeh
2 ulas bawang putih ( di hiris tau di ketuk sahaja pun okay )
1/2 sudu teh lada hitam ( di tumbuk kasar )
2 sudu makan kicap pekat ( resepi asal menggunakan sos ikan atau sos sotong )
Mentega
Kobis
Daun bawang
Lobak merah
Cendawan butang ( kesemua sayur di hiris nipis )

Cara masak ayam teppanyaki 

- Masak kan ayam nya terlebih dahulu. Panaskan mentega, tumiskan bawang putih, masukkan ayam dan kicap pekat. 
- Rasakan dengan serbuk lada hitam dan garam. Bila ayam dah masak padam kan api. Ketepikan.
- Kemudian, panaskan sekali lagi mentega, tumiskan bawang putih. 
- Masukkan lobak dan cendawan butang terlebih dahulu , baharu lah masukkan kobis.
- Rasakan dengan garam. 
- Masukkan daun bawang dan akhir sekali masukkan taugeh dan tutup api sambil mengacaunya.
- Gaulkan semula bersama ayam tadi dan sedap di makan panas-panas. 

6 Comments

  1. mudah je, pasni boleh masak sendiri

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi makan teppanyaki ni, mudah je rupanya nak masak :D

    ReplyDelete
  3. Tak pernah makan teppanyaki ni.. Nampak mudah je bahan dan cara memasaknya.. Sha save dululah..

    ReplyDelete