Buntu nak masak apa, apa lagi Ayam Masak Kicap lah jawabnya
Ayam..hari hari ayam kan. Kalau ada anak-anak kecil di rumah lagi lah suka sangat makan ayam. Kita mak mak ni naik jemu nak masak ayam, nak fikirkan apa nak masak dengan ayam. Last-last ayam goreng juga yang sedap di makan begitu sahaja.
Ana pun sama lah macam ibu-ibu lain, nak nak lagi bila dah tinggal berdua ni, ayam kalau boleh seminggu sekali cukuplah. Tapi stok daging ayam ni ada sahaja di rumah. Dan paling biasa bila dah jemu semua menu dari ayam ana suka masak ayam masak kicap. Adik Ika tak gemar menu ni. Tapi dia tak ada di rumah ni ana masakkan juga untuk makan tengahari.
Ayam masak kicap ni paling mudah kan untuk disediakan. Ikut je bahan-bahan yang ada di ruang dapur tu. Kadang-kadang ana suka masak ayam masak kicap berempah. Kadang-kadang ana Chinese Style kan dengan halia dan bawang putih sahaja. Alaa resepi campak-campak jer kata orang sekarang ni. Yang penting makan panas-panas. In shaa Allah berselera kita sekeluarga.
Ana selalu masak ayam masak kicap, ana akan gorengkan ayamnya terlebih dahulu. Nak sedap, ana lumurkan ayam bersama kunyit, garam dan kicap pekat. Pastu goreng dalam api perlahan. Angkat dan baharu lah tumiskan bahan seperti bawang merah, bawang putih dan halia. Kalau ada cendawan butang atau cendawan shitake tu masukkan, sedap . Ala-ala kuah mee szling tu rasa dia. Kuahnha jangan banyak sangat ala kadar je cukup untuk membasahkan nasi.
10 Comments
ni paling anak-anak aida suka.
ReplyDeletesimple. especially Izzat, AJ.
kan anak-anak suka masak kicap ni :)
DeleteMenu paling senang kan. Saya kalau malas malas memang masak ayam kicap je. Senang hhehe
ReplyDeletetuu laa Fadzi, bila dah buntu last2 masak kicap je sudahnya :)
Deletebetul Kak AJ.. masak kicap paling senang campak2 jeee then siap.
ReplyDeletekan CT menu paling sempoi :)
DeleteSelalu juga mengadap menu ayam masak kicap ni.
ReplyDeletehehe tu namanya dah tak ada idea nak masak apa dah tu WP :)
Deletesaya pun goreng dulu. baru sedap kan.
ReplyDeletesama cara kita kan :)
Delete