Kembali berkebun mengisi masa terluang

Bulan September ni, Alhamdulillah dua-dua beradik ni menyambung pengajian peringkat degree. Syukur ya amat kepada Allah swt kedua-duanya di tempatkan dikampus yang sama dan tak jauh dari rumah. Bila dah dua-duanya tiada di rumah, weekdays ana punyai banyak masa terluang. Suami keluar bekerja tinggallah dengan dua anak bulus yang nakal ni. Masak pun belah petang sahaja lah untuk makan malam suami. Bukan selera sangat makan sengsorang ni kan. Apa yang ada ana makan lah.






Berkebun di ruang tanah yang terhad dan sempit 


Masa yang terluang di waktu pagi kita peruntukan dahulu untuk mencari redha dan keampunan Nya. Dhuha, al Waqiah, juzuk-juzuk yang berbaki dan zikir memohon agar kami sekeluarga sentiasa di dalam RahmatNya sentiasa. Petang ana lebih seronok kembali ke kebun.. Bersihkan rumput, baja tanaman yang ada dan Alhamdulillah walupun musim panas kemarau yang melanda baru-baru ni, siram tanaman sekali sehari namun hasilnya..Subhanallah pokok-pokok subur membesar dan mengeluar kan buah dan bunga.Berbunga rasa hati bila melihat rezeki yang dikurniakanNya dalam pelbagai bentuk ini. 




Pokok kari dah beranak pinak ada dua pokok induk yang sentiasa ana rendangkan dahannya. Setiap kali di cantas, pasti naik tunas baharu. Begitu juga dengan pokok belimbing buluh dan mulberi. Lagi kita cantas dahannya lagi di ia bercambah dan berbunga dan berbuah. 




Anak pokok betik juga kian membesar. Lebihan air basuhan beras dan ikan tu jangan di buang, jadi siraman..In shaa Allah subur sebagai baja semulajadi. Anak cili merah juga sedang melata.. besar sikit ana semaikannya dalam pasu. 






Tanah asal belakang rumah ni agak keras berbatu, hanya tumbuhan yang berjiwa kental sahaja mampu tumbuh membesar. Ana dapat ilham dariNya, ana kepung dengan bata-bata dan isi tanah baharu. Kalau ada tayar lama pun boleh isikan dengan tanah dan tanam. Tanah hitam beli di kedai RM2 eco tu sahaja. Lepas tu tanamkan isi kunyit dan halia. In shaa allah nampak bercambah dan bertunas dah. Mudah-mudahan terus subur membesar. 




Berbakti pada tanah ni pasti akan ada hasilnya. Jiwa kampung macam ana ni, begitu lah natijahnya.. dari arwah opah, mak sampai lah ke ana memang suka sangat bermain tanah ni. Setakad cabut rumput tu dah tak jadi hal dah. Pakailah sarung tangan untuk keselamatan, mana tahu ada serangga berbisa kan. 




Selalunya dalam sejam ke dua jam ana lepak di kebun sekangkang kera ni di waktu petang dalam kul 5:30 petang bila dah redup sikit. Anak-anak bulus berdua ni lah jadi peneman. Main berkejaran dua beradik tapi tak jauh mana pun, duk keliling mama jer punn. Jadi lah buat kawan berteriak.




Jadi kalau korang ada minat nak berkebun jangan jadikan tak bertanah sebagai alasan. Dalam pasu malahan ana ketika tinggal di apartment tingkat empat dahulupun masih bercucuk tanam. Mulakan langkah pertama dan pastu minat akan berkembang dengan sendirinya..In Shaa Allah .
Kembali berkebun mengisi masa terluang Kembali berkebun mengisi masa terluang Reviewed by Ana Jingga on September 01, 2018 Rating: 5

14 comments:

  1. dah lama tak berkebun, dulu masa sekolah selalu juga berkebun skarang dah kerja makin malas pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang faktor masa main peranan juga Sha, balik kerja dah penat, hujung minggu nak spend time dengan family pula kan, ni sebab kak ana ada masa terluang tu yang kembali ke kebun.

      Delete
  2. Mrs. A dulu ada juga cuba berkebun tapi sekejap aje sebab pokok cili dan betik yang Mrs. A tanam hidup sekejap aje pastu mati. Jadinya Mrs. A rasa Mrs. A lebih sesuai membela kucing

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe Mrs A bekerja memang tak cukup masa nak jaga tanaman, jaga kucing pun terapi gak tu buat kawan berborak kan Mrs A :)

      Delete
  3. Seronok dpt berkebun kak walau kecik je ruang. Mcm ana rumah flat memang xde ruang lgsg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AS boleh mulakan dengan tanaman dalam pasu kalau ada balkoni di rumah kan :) In shaa Allah

      Delete
  4. Samaa macam abah Nani lah kak Ana. Asal ada sikit ruanh boleh tanam, macam macam lah dia buat. Seronok bila tengok pokok tu dah boleh makan hasil dia nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jiwa orang kampung ni lain sikit Nani, suka nau bermain dengan tanah hehe :)

      Delete
  5. Rajin kak Ana berkebun. Saya nak berkwbun pun alahai kekangan masa sungguh. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. mimi kerja, kak ana faham sangat tambah lagi ada anak-anak kecil, peruntukan masa pada yang lebih memerlukan kay :)

      Delete
  6. tanam dekat beranda rumah, tak berbuah pokok limau. Bila hantar balik rumah baru lebat. Bunga kantan kak Ana cantik lah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tak cukup cahaya agaknya FJ. Alhamdulillah tak henti berbunga kantan kali ini.

      Delete

Powered by Blogger.