Remy Ishak bergandingan dengan Mira Filzah pula kali ini. Remy memang hero pujaan Malaya ana sendiri meminati lakonan Remy sejak Nur Kasih lagi. Mira Filzah, di awal-awal kemunculannya , ana belum berapa menerima lakonan gadis manis ni, namun semakin hari semakin matang dalam menjiwai watak-watak yang di berikan kepadanya. Malam-malam selepas selesai segala urusan dunia dan Isyak, nampak gayanya ana tertarik pula nak follow drama siri terbaharu di Astro Maya HD- Lelaki Kiriman Tuhan arahan pengarah yang hebat Rashid Sibir . 


Image result for lelaki kiriman tuhan drama
Kredit foto : Astro 

Drama Lelaki Kiriman Tuhan 


Related image



Drama adaptasi novel Lelaki Kiriman Tuhan karya Umie Nadzimah yang disiarkan di slot Raihana saluran Astro Oasis. Drama bersiri arahan Rashid Sibir, terbitan Zeel Production. Telah pun menemui penonton bermula 1 Oktober, setiap hari Isnin pukul 9 malam di Astro Oasis (106) dan Maya HD (135).

Pelakon Drama Lelaki Kiriman Tuhan 


Remy Ishak sebagai Iqbal Raid
Mira Filzah sebagai Naira
Kartina Aziz sebagai Umi
Harris Anuar sebagai Faris
Isyariana sebagai Zeenat
Uyaina Arshad sebagai Maryam
Jesse Lim sebagai Ah Seng
PU Azman sebagai Cik Muiz
Rozita Che Wan sebagai Kak Bed
Jasmin Hamid sebagai Datin Maria 


Sinopsis Lelaki Kiriman Tuhan 


Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama.

Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira.

Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza.

Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya?

Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Sama-sama lah kita tunggu hingga ke episod akhirnya nanti kan.. :) 

(kredit info : https://www.myinfotaip.com/2018/08/lelaki-kiriman-tuhan.html

6 Comments

  1. Suka tengok bab ibu yg selalu menyebelahi anak lelaki walau pun perangai teruk. Memang terjadi dlm masyarakat.

    ReplyDelete