Mmmmm.... Sedapnyaaaa!! Apa yang sedap sangat tu, ermmmmm... ini haa!! Fernleaf UHT terbaharu. Susu UHT perisa coklat dan susu yang kaya dengan sumber khasiat kebaikan susu. Mana tak nya, susu UHT Fernleaf ni merupakan hasil produk tenusu dari New Zealand. Kalau sebut New Zealand sahaja , pasti kita akan teringat hasil tenusu nya kan. Dari sekolah rendah lagi kita sinonim dengan lembu dan muka bumi New Zealand pasti teringat susu. Betul tak ??





SUSU FERNLEAF UHT


Bila sebut sahaja negara New Zealand ni, yang ana teringin sangat nak jejak kaki ialah untuk melihat keindahan mukabumi nya yang amat indah seperti yang sering di lakarkan di layar-layar televisyen yang ana tonton di dalam rancangan dokumentari. Wallaaa!! Punya lah indah, pemandangan gunung-ganang di sebuah negara kepulauan yang saujana mata memandang kehijauan yang luas terbentang. Dan dalam imaginasi ana juga pasti akan kelihatan bertaburan lembu-lembu hitam putih yang sedang meragut rumput dari bumi yang segar dan dingin ni. Seronok jadi lembu di New Zealand ni kan, makan rumput segar, sedap agaknya kannn.. itu kena tanya lembu New Zealand bila ana ke sana nanti. Hehe :)



Lembu Tenusu dan Rumput


Dari kekayaan sumber khazanah alam semulajadi yang ada di bumi New Zealand inilah terhasilnya produk susu Fernleaf yang telah lama bertahta di hati penggemar minuman susu di tanahair kita ni.Sebagai sebuah negara yang di kurniakan padang rumput yang subur dan di jagai alam semulajadi yang menjadikan Fernleaf memiliki lembu-lembu yang sihat dan menghasilkan susu yang penuh khasiat. Rumput yang menjadi makanan lembu-lembu susu Fernleaf adalah amat berkualiti dan terjaga. Susu yang terhasil mempunyai sumber makanan semulajadi yang kaya dengan kalsium yang mudah di serap oleh tubuh.Ia juga mempunyai banyak nutrien seperti protein yang berkualiti tinggi, Vitamin A dan Vitamin D.





Apa tidaknya, tanah yang subur dengan taburan hujan yang secukupnya dan di sinari matahari yang menjadikan ia salah satu tempat untuk penghasilan produk susu yang cukup sempurna.  Natural dari khasiat susu lembu asli, gituuu :) Di gabungkan pula dengan pengalaman Pakar Tenusu lebih dari 140 petani New Zealand yang menjadikannya negara pengeluar susu segar utama di dunia. Tak di ragui lagi kan.

Lembu-lembu susu Fernleaf meragut rumput secara bebas dan tidak terkurung di kandang. Bila lembu-lembu menghabiskan hampir 90% masa meragut di bawah cahaya matahari yang cerah dari situ lah ia mendapat kandungan Vitamin D yang sihat dan hasil tenusu juga kaya dengannya. Lembu-lembu ini kemudiannya menghasilkan susu secara semulajadi tanpa perlu kan apa-apa penggalak atau booster. 


 


Dan terbaharu, Fernleaf dengan produk susu UHT yang mudah untuk semua golongan mendapatkan khasiatnya terus. Tak perlu bancuh lagi, minum dan nikmati terus kesegaran dan khasiat susu Fernleaf UHT dari New Zealand. 100% Mmmmm ...... 



Untuk ana sendiri, rutin minum susu harian di waktu pagi dan malam sebelum tidur. Jika sebelum ini ana kena bancuh susu untuk di minum, kini dengan adanya Fernleaf UHT di dihasilkan 100% susu lembu dari New Zealand ni, senang sangat dah. Buka fridge dan terus tuang dan minum segelas. Kadang-kadang tak cukup segelas tau. Sedap dan segar nya buat nak minum lagi dan lagi.




Adik Ika pula, balik dari kolej tengok ada sederet Fernleaf UHT perisa coklat bukan main laju lagi minum dengan straw cermin mata nya tu. 100% Mmmmm ... katanya. Segarnya ibu!! Hilang stress study semalaman malam tadi . Ana bekalkan kepadanya Fernleaf UHT coklat untuk di minum kemudian di kolej. Walaupun dah meningkat remaja, anak-anak tetap minum susu tapi mereka lebih suka minum susu UHT kerana mudah. 

Jadi kalau korang belum lagi mencuba kesegaran dan kesedapan susu Fernleaf UHT ni, bolehlah dapatkan di pasaran sekarang. Ia nya rangkaian produk tenusu yang di percayai dan berkualiti malahan memiliki pensijilan HALAL. Jommm beli sekarang !! Mmmmm Sedappppp!!!

4 Comments