Dah banyak kali suami cadang nak bawa kami sekeluarga ke Mitsui Outlet Park di KLIA, Sepang. Dua kali plan tak jadi sebab kesuntukan masa nak hantar anak-anak balik kampus hujung minggu. Kebetulan dapat cuti mid sem seminggu yang lepas, baharu lah diizinkanNya kami menjejak kaki ke Mitsui Outlet Park. Jauh juga lah cuma kami masuk lebuhraya dari Shah Alam tu tak berapa jauh dah untuk ke sana. Sekadar nak jenjalan hujung minggu sahaja cadangnya, tapi kebetulan dah hampir dengan birthday Kak Long, dan ada pula rezeki dari kerja-kerja di blog ni terkumpul, terus lah cadang celebrate birthday Kak Long sekali. 

Sampai di Mitsui Outlet Park, jalan-jalan sekitar mall terlebih dahulu. Majoriti shoplot di sini menjual produk jenama terkenal Malaysia. Alhamdulillah seronok melihat shop lot BATA, Carlo Rino, East India Company dan lain-lainnya memenuhi ruang niaga di sekitar Mitsui Outlet, bangga dengan jenama Malaysia yang gah di mata dunia. Dan dah puas ronda-ronda dan belanja anak-anak beberapa helai pakaian di PADINI , Adik Ika nampak lah Beryl's Chocolate Cafe di aras G, Mitsui. Apalagi dari awal-awal dah mengidam nak makan Tiramisu, kami pun singgah masuk. 




Beryl's Chocolate & Cafe - Mitsui Outllet Park, KLIA




Adik Ika excited sangat bila nampak Tiramisu idamannya ada di ruang kaca Beryl's Cafe. Kami pesan lah di kaunter dan kebetulan tadi nak advance celebrate birthday Kak Long, Kak Long pun pilih lah sepotong kek pilihannya. Cadang nak take-away je, tapi sementara kami nak tunggu waktu dah hampir Maghrib, kami dine in sahaja di situ. Ermmm... memang pelbagai pilihan pencuci mulut seperti coklat, kek dan juga macaroons ada dijual disini. Dan untuk pelbagai pilihan coklat pula harga di Beryl's Chocolate Cafe , Mitsui Outlet ni jauh lebih murah bila di bandingkan dengan yang selalu kita beli di pasaraya lain.




Nin diaaa!! Tiramisu idaman Adik Ika. Cukup sedap rasanya dan dalam saiz yang sederhana berbaloi dengan harga. Tak ingat pula berapa ringgit. Lepas dah kempunan Adik nak makan Tiramisu sangat dari beberapa hari duk sebut. 




Yang ni pula kek pilihan Kak Long, juga kek tiramisu kalau tak silap ana, memang tak terfikir pun nak buat entri masa tu sekadar ambil gambar untuk feed Instagram sahaja awalnya. Tapi bila ana tengok Adik Ika ada ambil beberapa gambar yang agak menarik dan tak salah untuk di kongsikan bersama, boleh lah di jadikan sebuah entri kenang-kenangan kan. Jom kita tengok aneka pilihan dessert yang ada disini. Semuanya pasti sedap, cuma selera ana sahaja yang dah tak berapa nak masuk dengan menu manis-manis macam ni.. :) 













Dibahagian hadapan Beryl's Chocolate Cafe ni merupakan ruang galeri jualan pelbagai perisa dan jenis coklat Beryl's . Serius rambang mata nak buat pilihan dengan tawaran harga yang berbaloi. Jadi kalau korang shopping atau kebetulan berada di sekitar KLIA, jangan lupa naa, carilah Beryl's Chocolate Cafe di Mitsui Outlet Park ni... 


Foto Mitsui Outlet Park KLIA Sepang.
Kredit foto Beryl's Chocolate FB 


Image result for beryl's chocolate mitsui




Jenama Beryl's Chocolate mempunyai pensijilan Halal oleh Jakim, Alhamdulillah. 


Image result for beryl's chocolate cafe halal

8 Comments

  1. Peminat coklat...boleh pergi ni...termasuk PC..

    ReplyDelete
  2. Sha suka coklat dia.. selalu beli yang dark dan tiramisu.. cafe dia tak pernah nampak lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun suka dark coklat Beryls ni Sha sedap kan

      Delete
  3. Syiokkan jalan-jalan Mitsui aritu Mrs. A pergi tapi tak singgah Beryls pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestkan Mrs A, seronok tak crowded sangat kat sini :)

      Delete
  4. Kalau Dania tengok entry kak ana ni sure dia berzikir kat telinga SA nak pergi jugak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe nanti SA bawa lah Dania dengan anak buah jenjalan Mitsui dan singgah kat Beryls Cafe :)

      Delete