Antara menu kesukaan anak-anak bila ke shopping mall antaranya ialah Hot & Roll . Menu-menu depa ni sedap juga kan. Ringkas . Tapi sebenarnya kan.. kalau kita buat sendiri di rumah pun lebih berbaloi. Bahan tak begitu banyak mana pun, ikutlah citarasa masing-masing dan yang bestnya makan puas-puas sebab kita bubuhlah sebanyak mana pun filling atau inti nya kan.

Suami ana kalau anak-anak ada di rumah ni, awal-awal dah pesan suh beli kepingan tortilla wrab sebabnya dia tahu Adik Ika suka makan dan buatkan menu ni di rumah. Dan malam semalam sekali lagi Adik Ika buatkan kami sekeluarga menu makan malam ringkas dan mudah ini. Thank you anak :) 



Resepi Tortilla Wrap 


Bahan-bahan :

Kepingan Tortila Wrap ( ana guna jenama Kawan ) 
Kepingan Ayam Slice Luncheon ( ana guna jenama Ayam Dindings )
Beberapa batang sosej ayam
Sayuran salad atau kobis
Tomato ceri
Bawang holland / bawang besar 
Kepingan keju 
Mayo
Cili sos
Lada sulah 






Cara-cara buat tortilla wrap 

- Kepingan tortilla wrap di panaskan tanpa minyak di atas non-stick pan pada api perlahan supaya tidak garing. Kerana jika ia garing ia pecah bila di lipat atau gulung nanti.

- Panaskan juga kepingan chicken luncheon sehingga masak. 

- Gorengkan sosej dan potong kecil.

- Bahan-bahan sayur seperti kobis, salad, tomato dan bawang di hiris halus.

- Alaskan tortilla, letakkan luncheon, sosej, sayuran salad. Susun kemas-kemas naa.

- Letakkan mayo, dan cili sos jika suka, kalau tak nak buh cili sos, taburkan sahaja serbuk lada sulah.

- Gulung dengan kemas atau boleh juga di lipat sahaja. 

- Potong dua atau ngap terus ke mulut. Mudah dan senang kan. Selamat mencuba. 


10 Comments

  1. senang je kan nak buat?! Suka jugak makan tortilla wrap hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah senang je FJ sedap kan :) nak nak lagi homemade buh je banyak2 intinya hehe :)

      Delete
  2. Replies
    1. tuu la Ruby ajak anak-anak buat mesti depa seronok kan :)

      Delete
  3. sedapnya , time rajin lebih suka buat sendiri , portion dalam tortilla wrap boleh letak banyak sampai puas utk makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tu lah kelebihan bila buat sendiri kan CCL :)

      Delete
  4. sedapnya! senang kalau buat sendiri boleh makan banyak

    ReplyDelete
  5. Boleh try nih. Nampak sedap kak Ana. Tahnks share resipi

    ReplyDelete
    Replies
    1. try kay Mimi ajak puteri2 Mimi buat sama2 have fun nanti :)

      Delete