PERNAH DENGAR "JADI KAYA DENGAN ZAKAT" ??
Alhamdulillah... ana bersama beberapa rakan blogger berkesempatan menghadiri satu sidang media di Wisma PPZ, Dataran Shamelin, Cheras 27hb November 2018. Sebagai hambaNya, kita tahu di dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada bahagian buat asnaf iaitu dalam pulangan menerusi pembayaran zakat. Ini rukun Islam yang wajib kita tunaikan bagi yang telah memenuhi syaratnya. Dan untuk memberi lebih kesedaran dan penyampain mesej kepada umum, Pusat Pungutan Zakat - MAIWP telah pun melancarkan satu kempen untuk mewar-warkan infomasi agar sampai kepada golongan sasar. Jom ana kongsikan semula disini, apa yang perlu kita tahu tentang kempen " JADI KAYA DENGAN ZAKAT ." .
Jadi Kaya Dengan Zakat
Menuju gerbang terakhir tahun 2018, Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) mengadakan kempen 'Jadi Kaya Dengan Zakat' bagi menghebahkan tentang keberkatan berzakat dari pelbagai aspek kepada umum. Zakat Harta yang boleh ditunaikan sepanjang bulan Disember iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Saham. Juga mengalakkan umum untuk membayar zakat yang tertunda dari tahun sebelumnya dengan menunaikan Qada Zakat.
Selaras dengan moto utama PPZ-MAIWP iaitu ' memudahkan anda berzakat' empat saluran pembayaran zakat yang telah disediakan bagi memudahkan pembayar adalah melalui:
1. KAUNTER PPZ-MAIWP
Dibuka 7 hari seminggu termasuk CUTI UMUM
Waktu operasi: 1 Disember - 25 Disember
8.15 pagi - 4.45 petang
Senarai lokasi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP
1. Shamelin Perkasa (HQ PPZ-MAIWP)
2. Plaza RAH, Kampung baru
3. Masjid Negara
4. KLSC Wangsa Maju
5. UTC KL, Pudu Sentral
6. Presint 9, Putrajaya
7. Presint 15, Diplomatik, Putrajaya
8. Masjid Al-Imam Al- Ghazali, Kepong
9. Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
10. Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Jalan Puchong
11. Labuan Times Square
Bagi mempromosikan saluran ini dengan penampilan istimewa Ustaz Haslin Baharim, Norman Hakim dan Ustaz Elyas Ismail.
2. PORTAL PPZ-MAIWP - http://WWW.ZAKAT.COM.MY
Apakah keistimewaan pembayaran zakat melalui saluran ini?
1. Pengunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya.
2. Pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkats
3. Melakukan pembayan lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan pengunaan Troli Zakat.
4. Integrasi pembayaran zakat mengunakan chatbox FB Messenger agar menjawab persoalan kiraan zakat yang ingin ditunaikan.
5. Video tutorial berkaitan panduan pengiraan zakat
6. Bacaan doa untuk para muzakki (pembayar zakat) setelah selesai pembayaran zakat di lakukan.
7. Dan sudah tentunya, pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP ini boleh dibuat pada bila-bila sahaja dan di mana sahaja anda berada.
Selebriti yang bakal mempromosikan saluran ini adalah Amar Baharin.
3. PERBANKAN INTERNET.
Dengan konsep semudah di hujung jari, 14 bank telah dilantik sebagai ejen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ- MAIWP. Pembayaran zakat menerusi kaunter-kaunter bank yang dilantik oleh PPZ-MAIWP sebagai ejen kutipan zakat. Penampilan istimewa bagi saluran ini adalah Imam Muda Asyraf.
4. KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ-MAIWP
Pihak PPZ-MAIWP memperkenalkan perkhidmtan khas 'Door-to-Door' bagi pembayaran zakat RM5000 ke atas. Perkhidmatan ini membolehkan pihak kami ke lokasi anda. Hubungi talian zakat 1300 88 5757 bagi perkhidmatan ini.
Selebriti yang membantu dalam mempromosikan saluran ini ialah Bell Ngasri .
5. TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP
PPZ-MAIWP memperkenalkan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP serendah RM10 bagi mendidik kanak-kanak untuk lebih dekat dengan ibadah zakat dan memperolehi tabung khas bagi mengalakkan aktiviti tersebut dilaksanakna.
PU Azman antara selebriti yang akan membantu PPZ-MAIWP bagi mengalakkan aktiviti ini dilaksanakan.
Selain itu, bagi menghargai para pembayar zakat yang membuat pembayaran di PPZ-MAIWP , pelbagai cenderahati khas seperti kalendar 2019 turut disediakan.
Kempen ' Jadi Kaya Dengan Zakat' ini disempurnkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dengan penampilan istimewa seperti Amar Bahrin, Bell Ngasri dan PU Azman.
PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam di Wilayah Persekutuan merebut keberkatan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita. Dengan pelbagai saluran yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP, diharapkan tiada alasan lagi untuk umum tidak menunaikan zakat atau menangguhkan penunainya.
'PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT'
Semoga dengan adanya Kempen " JADI KAYA DENGAN ZAKAT " memberikan lebih luas pendedahan bagaimana pelbagai kaedah untuk kita sama-sama menunaikan kewajiban berzakat. In Shaa Allah .
2 Comments
Kempen yang bagus..
ReplyDeleteIn shaa allah, semoga dapat menyampaikan pesanan buat mereka yang mungkin terlepas pandang dalam menunaikan ibadah zakat ini.
Delete