Shopback ! Satu platform untuk kaki shopping online mendapat pulangan semula dalam bentuk wang tunai setiap kali kita berbelanja. Wahh!! Menarik sangat ni. Di era di mana kita perlu mendapatkan penjimatan dalam segala ruang yang ada, peluang seperti ini jangan terlepas pandang okay !! Apa yang bakal ana cerita kan dengan korang ni merupakan satu cara di mana dengan mengaktifkan hanya satu button di pelayar internet, korang akan di notify atau di beritahu di mana platform yang korang boleh berbelanja dan mendapat semula beberapa peratus dalam bentuk ganjaran cashback. Ermm.. interesting kan.. Jom.. teruskan pembacaan dan ana akan terangkan apakah kelebihan untuk kita semua apabila mengaktifkan button ShopBack Cashback Buddy di pelayar internet.




ShopBack Cashback Buddy


Boleh di katakan membeli belah di atas talian atau online shopping kini merupakan trend malahan sesetangah urusan rasmi sekali pun menggunakannya sebagai satu medium. Bukan lagi sesuatu yang pelik sehingga segala urusan jual beli masa kini menggunakan sistem secara online. Shopping apa sahaja sehinggakan produk barangan dapur dan perkhidmatan turut mengaplikasikannya. Tetapi tidak semua medium ini menawarkan pulangan semula kepada kita sebagai pengguna atau pun pembeli. Di www.shopback.my  setiap perbelanjaan yang kita keluarkan untuk membeli belah atau mendapatkan tiket penerbangan, hotel dan sebagainya, kita akan mendapat sehingga 10% daripada pembayaran di kreditkan semula ke dalam akaun bank. Berbaloi kan..!!

Ana yakin korang semua pasti dah tahu tentang ini dan ana sendiri pernah terbitkannya di SINI menceritakan bagaimana Shopback ini berfungsi. Tetapi tahun ini, Shopback telahpun memperkenalkan satu kaedah yang jauh lebih memudahkan pengguna atau pelayar shopping online lebih alert atau peka pada semua platform online shopping yang mengambil bahagian dalam tawaran Cashback bersama Shopback dengan Cashback Buddy




Comel tak Cashback Buddy ni ?? Apakah peranannya dalam memberikan pulangan wang kepada pelayar online shopping ? Okay macam ni... Apabila korang mengaktifkan Cashback Buddy dari Shopback di pelayar internet korang contohnya Chrome.. Setiap kali korang membeli belah secara online contohnya di LAZADA, Booking.com, ZALORA atau lebih dari 500 website online lain yang mengambil bahagian, Cashback Buddy akan aktif ( berkelip-kelip ) menandakan terdapat tawaran Cashback yang di tawarkan. Dengan itu, kita tak akan terlepas peluang untuk claim cashback dari setiap perbelanjaan yang kita lakukan. 

Melalui ShopBack Browser Extension Cashback Buddy button akan membawa kita terus ke pulangan berapa peratus dari setiap perbelanjaan ke akaun masing di Shopback.my . Masih tak faham ke ? Hehe.. ana akan terangkan dalam bentuk grafik step by step untuk memudahkan pemahaman kita semua.. 

Apakah itu Cashback Buddy ? 


Mula-mula pastikan korang Sign-Up dan buka akaun terlebih dahulu di www.shopback.my . Next - pastikan muat turun / download Cashback Buddy button. Selesai . Dan apabila korang bercadang untuk shopping online log-in terlebih dahulu di Shopback dan Cashback Buddy akan di aktifkan. Ikuti langkah seterusnya seperti di bawah : 





1. Layarilah mana-mana store online favourite korang contohnya LAZADA, Zalora atau Malaysia Airline sekali pun atau dari mana lebih 500 media online yang tersenarai dan Cashback Buddy button di hujung atas kiri seperti di atas akan notify dengan blinking menandakan terdapatkan berapa peratus Cashback yang ditawarkan. 




2. Klik pada Cashback Activated yang terpapar untuk mengaktifkan proses pulangan peratusan wang tunai . 



3. Layari dan membeli belah lah seperti biasa dari mana-mana online store yang korang ingini tadi seperti biasa sehingga selesai urusan dan transaksi pembayaran. 



4. Ia akan di kreditkan ke akaun korang dan hanya selepas jumlah kredit melebihi RM10 bolehlah withdrawal dari akaun bank yang korang daftarkan sebelum ni. Ermm... lagi banyak korang berbelanja lagilah lebih pulangan tunai yang korang akan terima kan. Mudah  kan.. Lebih jelas lagi, boleh sahaja tonton penerangannya di Youtube di bawah : 




Haha !! Faham dan mudah kan dengan adanya Shopback Cashback Buddy ni.. pasti korang tak akan terlepas peluang untuk setiap ganjaran pulangan tunai mahupun kupon-kupon diskaun yang di tawarkan di hampir lebih daripada 500 online store yang tersenarai. 




Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Shopback layari sahaja ke mana-mana laman social media Shopback. 


So... jangan lupa ingat shopping ingat

Shopback Cashback Buddy !!

Yeay!! Untung you :) 

4 Comments

  1. sambil shopping lps tu dpt cashback blk..mmg seronok btul

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah kelebihan bila ada account dan shopping melalui Shopback Cashback Buddy ni kan :)

      Delete
  2. Wah.. bestnya beli dan dapat balik duit..

    ReplyDelete