Enaknya Cempedak Goreng Rezeki Dari Jiran
Amatlah bersyukur apabila kita di kelilingi jiran tetangga yang saling hormat-menghormati dan menjaga silaturrahim sesama. Jiran ni bukan sekadar di lorong yang sama, malahan satu taman sekali pun seronok menjalin ukhuwah dengan baik, Alhamdulillah. Tambah seronok bila saling ingat mengingati dan berkongsi rezeki yang di bawa dari kampung atau balik dari makan angin. Inilah yang kami lalui tinggal di kejiranan ana ni. Syukur sangat dengan kemanisan ukhwah sesama jiran.
Ida, jiran setaman ana baru-baru ni balik ke kampung halaman nya yang juga sekampung lah kiranya dengan ana, mana lagi kalau bukan Teluk Intan. Rupanya tengah musim rambutan dan cempedak, malahan di kampung Ida, Kampung Banjar, Teluk Intan ni ada pokok sendiri. Rezeki kami sekeluarga bila petang tu, Ida kirim kan pada Zura untuk sampai kan pada kami buah rambutan dan cempedak dari kampung. Alhamdulillah.. terima kasih Ida dan Zura.
Manis ya amat dan lekang isi rambutan dan yang paling awesome ialah rezeki buah cempedak. Memang sedang elok untuk di jadikan cempedak goreng. Sekarang ni kalau nak makan cempedak goreng lebih untung bila beli sebiji dan goreng di rumah. Harga cempedak goreng seketul ada yang dah mencecah RM1 pun . Kalau di sini, pernah beli sebiji cempedak goreng berharga 50 sen. Haa.. 4 biji RM2.
Bila ada buah cempedak pemberian Ida ni, ana belah dan isinya pun gemokss sedap sangat lah di jadikan cempedak goreng sajian petang hari tu. Adik Ika punya feveret , sampai sepuluh biji dia sorang je makan. Suka sangat lah dapat makan cempedak goreng makan panas-panas dan garingkan sikit tepungnya.
Alhamdulillah.. terima kasih Ida, berkongsi rezeki dengan kami sekeluarga. Semoga Allah swt sahaja lah yang mengurniakan rezeki dan pahala yang berpanjangan buat Ida sekeluarga dan jalinan ukhuwah antara kita kekal terjalin dengan penuh keberkatanNya.. Aamiin.
12 Comments
Cempedak goreng ni.....masa tengah goreng pun baunya dah menggoda..hehe.
ReplyDeletetuu la PC, rezeki dari jiram kak ana Alhamdulillah
Deleteuuuish Kak Ana..!! dapnye. kat kawasan rumah ada tengok few yang jual tp kadang tu nak kita goreng sndiri lagi sedap =D
ReplyDeletegoreng sendiri boleh ngap banyak2 CT hehe :)
DeleteAlhamdulillah, rezeki diraih bersama
ReplyDeleteAlhamdulillah WP
DeleteSedap kan cempedak goreng makan panas panas, haah sekarang dah mahal dah. dua sekelutl 10 sen je
ReplyDeletelama dah hat seketul 10 sen tu Yana sekarang paling murah pun 50 sen dah hehe :)
Deletebuah febret ejulz ni.. tapi cempedak tu dh x berani nak makan banyak sangat.. hehe
ReplyDeleteada juga yang tak berapa tahan ejulz kan :)
DeleteCempedak goreng all time favorite Mrs. A ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki dikongsi bersama.
Alhamdulillah Mrs A
Delete