Mencantikkan lanskap dengan dekorasi batu-batu
Lain oranglain citarasanya, ada orang suka halaman rumah mereka dihiasi bunga-bungaan beraneka dan berwarna-warni dan ada pula yang lebih memilih konsep minimalis atau sekadar tumbuhan hijau sahaja mendominasi ruang taman.
Laman di ruang porch rumah ana ni taklah besar mana pun, tapi macam-macam pokok ana nak tanam. Kadang-kadang pokok yang ana bawa dari kampung jer pun. Dan ada juga yang ana beli di nurseri Sungai Buloh kalau berkesempatan ke sana. Bukan apa, macam selalu ana katakan, jiwa kampung ni kian hari kian menebal. Semua benda nak tanam dan kadang-kadang bagaikan satu terapi minda bila melihat keindahan warna-warni bunga yang mekar bila tiba waktunya.
Idea lanskap dengan dekorasi batu-batu
Bila ada waktu terluang sekarang ni, cuaca pun agak redup selepas Asar, turun lah ke laman bersama dua ekor peneman setia, anak-anak Tipah, Icipans dua ketui tu. Sambil bersihkan rumput karpet yang cepat sangat meninggi bila musim hujan ni, ana lihat batu-batu lanskap putih yang sebelum ini ana susun dah jauh ke belakang tersorok oleh pasu-pasu yang baharu ana tanam dengan benih dan pokok yang ana beli serta bawa dari kampung. Ermm.. rugilah kan duk tersembunyi .
Kebetulan pula ana baharu sahaja menyemaikan batang-batang Japanese Rose yang di beri Lachumy, jiran ana dan menjadi pula nampaknya. Ana susun semula batu-batu putih tu di atas rumput yang di bersihkan terlebih dahulu berselang seli dengan batu deko yang dah lama ada kat situ. Jadilah satu pemandangan yang baharu walaupun konsepnya recycle sahaja dari bahan yang sedia ada. Haa.!! Tengoklah hasilnya sebelum dan selepas kay... :)
Gambar sebelum susun batu putih |
Selepas susun batu-batu putih .. Tadaaa!!! |
Ana rasa nak tambah lagi batu-batu di bahagian hadapannya sejalur lagi. In Shaa Allah, kalau ada rezeki ana beli dan tambah. Kalau bubuh batu-batu hitam selang-seli pun cantik juga kan. Doakan projek DIY lanskap ana berjaya ye.. Aamiin.
8 Comments
cantiknya kak ana susun batu kecil tu!
ReplyDeleteterlebih rajin ni FJ kakak awak ni hehe :)
DeleteCantik kak kalau selang selikan dengan batu hitam..
ReplyDeletetuu laa Sha, duk berangan gak ni nak tambah batu hitam sikit hehe :)
DeleteDepan rumah SA hanya ada sekangkang kera jer tanah..itupun abah SA dah penuhkan dengan macam- macam tanaman..daun pandan tanam dalam pasu..cili api pun sama..baru- baru ni abah alihkan cili api kat tanah....geram tengok semuanya subur..
ReplyDeletehobi dan jiwa kampung ni macam tu la SA, segala neka nak tanam walau ruang tanah terhad hehe :)
Deletecantik sangat kak ana..tersusun, kemas je..petang-petang keluar tengok macam ni, best je
ReplyDeletetuu tengah rajin tuu Nad hehe :)
Delete