Nak Juga Mencuba Resepi Ayam Pedas Ala Korea

Bila banyak entri resepi timbul di  blog ni, bermakna anak-anak ada di rumah lah tuu.. Tengah study week ni dua-dua ada di rumah, mula lah mengGoogle dan minta belikan bahan. Ana ikutkan saja lah, masa ni la depa berdua nak hilangkan stress sebelum menghadap final exam tak lama lagi. Belajar di peringkat IPTA ni bukan lah mudah kan.. banyak yang perlu mereka hadapi hari demi demi untuk mencapai kecemerlangan. Bila ada kesempatan waktu untuk mereka melakukan aktiviti, ana turut kan sahaja mana yang termampu. 




Dua tiga hari lepas, Kak Long lah beriya nak buat Ayam Pedas ala-ala Korea yang tengah viral tu. Depa pun ambil resepi dari sumber blog, cuma tak sempat nak tanya blog mana sebab depa terus skrincap dan simpan. Bersepah di dapur dua beradik ni buat kerja, tak pe janji depa kemas balik sudah. Dan makan malam tu kami ratah je ayam goreng pedas ala Korea ni yang ana Google semula namanya Yangngeom Chicken. Ana simpan sini resepi nya, lain kali nak buat lagi cari balik ,senang kan.. 


Resepi Ayam Pedas Ala Korea


Bahan-bahan : 

Ayam di potong kecil-kecil dan bersihkan.
Halia ( ditumbuk )
Garam
Lada hitam ( ditumbuk lumat ) 
Tepung gandum
Bawang putih ( ditumbuk ) 
Serbuk cili kering
Kicap soya ( kicap pekat manis ) 
Madu ( 2 sudu kecil ) 
Gula perang 
Bijan

Cara menyediakan ayam :

1. Marinate ayam bersama halia, garam dan lada hitam selama beberapa minit.

2. Salutkan ayam yang telah di marinate bersama tepung. Goreng kan dalam minyak yang panas. 





3. Kemudian kita sediakan pula sos campurannya untuk menyaluti ayam goreng tadi.

4. Campurkan kicap soya ( anggaran 1 cawan  lebih kurang ) , madu, gula perang, serbuk cili . Ikutlah anggaran citarasa masing-masing sesedap rasa dan sepedas mana yang korang nak kan. 

5. Tumiskan bawang putih yang di tumbuk, masukkan bahan campuran sos tadi dan masak hingga pekat likat. Kacau lah selalu kay, kalau tak hangit nanti. 





6. Kemudian bolehlah korang sadurkan dengan ayam goreng tadi atau nak senang, celupkan satu-satu ayam goreng tadi ke dalam sos. 

7. Akhir sekali taburkan bijan. Dah siap . 





Kalau dari segi rasa nya agak pedas juga kalau campuran bahan-bahan yang korang gunakan itu mengikut nisbah kepedasan yang korang kehendaki. Ada rasa manis dari madu dan gula perang serta pedas dari serbuk cili yang di gunakan. nak buat lauk tu macam tak berapa kena tapi kalau nak jadikah hidangan snack ratah-ratah tu sedap lah kan. Boleh lah kalau nak try buat sendiri di rumah. Sesekali kita tukar selera apa salahnya.. hehe :) 



Nak Juga Mencuba Resepi Ayam Pedas Ala Korea Nak Juga Mencuba Resepi Ayam Pedas Ala Korea Reviewed by ana halim on December 23, 2018 Rating: 5

13 comments:

  1. Ada jg sy tbaca entry tntg resepi ayam korea ni. Tp lom prnh try 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan NA ada pelbagai versi resepi nya juga :)

      Delete
  2. Thanks for sharing. Nampak sedap tapi for me terpaksa la dikurang kepedasan tu. Perut tak tahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kak Mala, ana pun tak boleh dah pedas-pedas sangat sebab tu ana bagi resepi yang boleh adjust ikut tahap selera masing-masing kan :)

      Delete
  3. i like....seronok layan anak-anak ni kan..tambah dah leh tolong ibu nii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. time cuti ni Sha, ada lah teman kak ana kat rumah :)

      Delete
  4. Wah, sekarang dh ade resepi ayam korea ni google je boleh buat sendiri dh kan. Sambil tu bolehlah kalau2 nk kurang kan pedas dia sebab buat sdri kan. Hehe. Singgah sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mudah sekarang ni, pastu pandai-pandai la adjust ikutr selera masing-masing kan :)

      Delete
  5. Saya dah cuba masak ayam goreng Korea. Tapi resepi kita lain sikit. Jenputlah baca di blog saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada macam-macam versi resepi kan JR :)

      Delete
    2. Haah, macam versi ada. Kita tinggal pilih je.

      Delete

Powered by Blogger.