Petua Lama Teh O Pekat Redakan Sakit Perut
Tak tahu lah di mana silap agaknya dah tiga hari ni, perut ana rasa tak sedap je. Paling tak tahan dalam sehari berkali-kali berulangkan ke tandas. Cerry Berry kata orang sekarang ni.. Memulasnya dengan rengatnya kata orang Perak bukan main lagi. Nak jamah makanan pun tak berselera. Sudahnya makan menu yang kering-kering dulu dengan harapan dapat meredakan sedikit kesakitannya.
Nak pergi klinik tu boleh jer, tak jauh cuma malas lagipun ubat klinik untuk sakit perut ada sahaja stok kat rumah ni. Ana dah makan dah ikut sukatan yang di beri. Tak juga beransur leganya, masih lagi ulang alik ke tandas. Adoi.. lenguh lutut dah rasanya.
Sambil borak-borak dengan BFF ana, Ida dia suruh ana minum teh o pekat-pekat. Alamak !! Mesti pahit kaw-kaw ni.. ana tanya dia buh gula sikit boleh tak ? Hehe :) Memang nak kena la jawabnya, kan. "Mana boleh kena pahit baru jadi ubat !", hehe kan dah kena marahhh.. Ana tahu lah dia sayang kat BFF dia sebab tu nak cepat baik.
Teh O Pekat Redakan Sakit Perut Cirit Birit
Sebenarnya ana dah lama tahu minum teh o pekat ni salah satu petua tradisional untuk melegakan sakit perut cirit-birit ni. Cuma tak buat jer lagi sebab nak makan ubat klinik dahulu. Dah dua hari tak lega gak, ana try lah letakkan satu uncang teh dalam sebuah mug dan rendam sehingga pekat. Biarkan lama agar kepekatannya betul-betul padu, gitu :) Cuba korang tengok dalam gambar tu dah rupa kopi o dah kan warnanya. Hehe :)
Jangan bubuh gula langsung , okay... Dan dengan lafas Bismillah , minum lah. Alhamdulillah.. kurang sakit perutnya dan proses ke tandas pun malam tu dah mula kurang. Tidur nyenyak. Esoknya masih ada rasa resa lagi dan ana sambung minum sekali lagi. Dan beransur-ansur kurang melabur ke tandas dan dengan izin Allah swt, pagi Jumaat tu dah berhenti terus dah. Sakit perut yang memulas tu pun reda. Syukur sangat inilah nikmat yang di syukuri, kesihatan yang baik.
Bila kita di datangkan penyakit baharulah kita ingat akan nikmat sihat ni kan.. Manusia begitulah lumrahnya, alpa dan leka dalam kenikmatan dunia. Jadi.. kalau korang mengalami sakit perut cirit birit ni, bolehlah mencuba petua lama dengan minum teh o pahit. Kalau berterusan juga, nak tak nak korang kena ke klinik kay, dapatkan rawatan segera... Waallahu a'lam.
24 Comments
Aduh...lama juga sakit perutnye tu.. Alhamdulillah..m dah sihat dengan amalkan petua orang tua-tua.. Ade baiknya juga petua tradisional ni.. Hee..
ReplyDeleteHaah Leya, Alhamdulillah serasi nampaknya :)
DeleteAlhamdullilah...
ReplyDeletesyukur alhamdulillah Cik La :)
Deletekalau sakit perut melampau mama buat gak teh pekat.. fuh mujarab
ReplyDeleteAlhamdulillah mujarab kan mama :)
DeleteBetul tu dari kecil dulu org ckp begitu. Minum teh o pekat untuk hentikan cirit birit. Satu lagi minum air tepung gandum atau makan pucuk jambu batu.
ReplyDeletehaah Kak Mala, makan pucuk jambu batu tu,mak aii pahit ya amat tapi berhenti juga cerry berry nya hehe petua lama tu mak ana selalu buat masa kami di kampung, sekarang ni cuma dah tak ada pokok jambu batu nak jadikan petua tu hehe.. :)
Deletesaya selalu kena makan pucuk jambu batu. haha. tapi saya jenis suka makan macam tu. jadi kadang habis pokok jambu batu yg saiz kecik saya ambil habis. hahaha
ReplyDeletebetul betul pucuk jambu batu pun satu lagi petua lama dan mujarab kalau serasi Umi :0
DeletePetua ni memang betul, dan in Sha Allah berkesan. Tapi kalau boleh, jangan minum teh wangi tu.. minum teh original tak ada campur apa2 ...
ReplyDeleteKalau stress pun elok minum teh pekat ni .. :)
kan HH petua yang mujarab dan berkesan, ermm betul lah tu gunakan teh o asli tanpa perisa baru kaw pekatnya hehe :)
DeletePetua org tua2. ..Mmg menjadi. .Pernah gak buat
ReplyDeletehaah petua zaman berzaman ni kan ZF :)
Deleteha'ahh..betul..pernah cuba petua ni cuma time nk telan tu siksa
ReplyDeleteamat seksa JM , nak sihat punya pasal ku relakan jiwa haha :)
DeleteBiasa juga amalkan kalau kena cerry berry
ReplyDeletetuu laa WP , alhamdulillah serasi kan :)
Deleteaah laaa.... biasa kalau sakit perut..memang inilah paling cepat boleh buat kat rumah kan..
ReplyDeletehehe Sha pun tahu yer :)
DeleteTerima kasih ..hari ne baru cuba berkesan ..selepas 6 hari berturut2 makan ubat tidak berkesan syukur alhamdulilah minum sekali je dah ok tahan 6 jam x masuk tandas
ReplyDeletealhamdulillah .. :)
DeleteBetul betul menjadi,terus lega after minum
ReplyDeletePerut dah x meragam,kalau x 4 hari dah makan ubat klinik ke hospital ke x lega pon
Alhamdulillah a-am :)
Delete